Mahathir Puji DAP Melambung-Lambung. Kutuk PAS.

“Saya dapati ramai daripada DAP sedar bahawa tanpa sokongan Melayu mereka tidak boleh berjaya," - Mahathir


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata DAP telah "berubah" dan “tone down permintaan” berdasarkan realiti politik.

"Bukan persepsi saya berubah tetapi mereka yang berubah,” kata Dr Mahathir kepada Sinar Harian dalam satu wawancara yang diterbitkan hari ini.

Katanya, sebelum ini DAP adalah Cina tetapi sekarang dalam DAP pun ramai pemimpin dan anggota Melayu.





“Mereka juga harus sedar bahawa tanpa Melayu, mereka tidak boleh menang. Jadi dia sudah tone down permintaan mereka.

“Malah, apabila kita kata tidak mahu menerima Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) walaupun DAP mendesak, akhirnya mereka akur.

“Banyak lagi dasar-dasar DAP dulu yang sudah diketepikan, jadi itu bukan persepsi saya sahaja.

“Apabila kita dekat dengan orang, baru kita tahu apa sebenarnya pendirian mereka dan saya dapati ramai daripada DAP sedar bahawa tanpa sokongan Melayu mereka tidak boleh berjaya,” katanya.





Mengenai PAS, Dr Mahathir berkata penggunaan Islam sebagai alat politik adalah satu perkara tidak baik yang akan memecahbelahkan perpaduan ummah.

“Walaupun mereka sokong saya tetapi saya tidak berpuas hati kerana sehingga sekarang ini mereka tidak gugurkan pendapat bahawa orang bukan PAS tidak Islam.

“Inilah kekecewaan saya dengan kepimpinan PAS,” kata Mahathir.

Beliau menambah bahawa PAS juga mengkhianati beliau dengan pada mulanya menyokong dirinya untuk terus menjadi perdana menteri tetapi akhirnya menyokong Muhyiddin Yassin.

“Jadi apa maknanya dengan apa yang mereka cakap dan apa yang mereka buat. Ini amat mengecewakan.

“Mereka sendiri tidak berpegang dengan ajaran agama Islam. Apabila kita membuat janji maka kita perlu tunaikan janji,” kata Mahathir.

Sebelum "Langkah Sheraton" pada 23 Februari lalu, terdapat spekulasi yang bertiup kencang bahawa Umno akan menjalinkan hubungan bersama Bersatu.

Ketika itu, PAS berikrar akan membentangkan usul percaya untuk menyokong Mahathir sebagai perdana menteri untuk penggal penuh PRU-14.






Mahathir Puji DAP Melambung-Lambung. Kutuk PAS. Mahathir Puji DAP Melambung-Lambung. Kutuk PAS. Reviewed by Pendekar Berkuda on 4:16:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!