#COVID19 - STAF HOSPITAL DISAHKAN POSITIF CORONAVIRUS

Mangsa baru kembali dari Turki dan tiba di Malaysia pada 8hb Mac 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan - Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan bahawa terdapat seorang kakitangan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kakitangan dihospital di Kangar, Perlis itu mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan tiba di tanah air pada 8 Mac.






“Beliau dimasukkan ke wad pada 16 Mac 2020 kerana disyaki menghidap jangkitan paru-paru (pneumonia) dan dehidrasi. Ujian makmal di Hospital Sultanah Bahiyah mendapati beliau positif Covid-19 pada 18 Mac 2020.

“Berikutan itu, pihak hospital mengenal pasti kontak dekat pesakit dan menjalankan saringan Covid-19 terhadap mereka serta ahli keluarga terdekat pegawai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hisham berkata, langkah pembersihan dan pembasmian kuman di kawasan berkaitan juga dilakukan.






Beliau berkata, bagi memastikan perkhidmatan kepada orang ramai tidak terjejas, HTF telah mengambil beberapa langkah mitigasi.

“Misalnya menyemak semula jadual klinik susulan, mengemas kini prosedur kemasukan wad dengan memberi keutamaan kepada kes yang perlukan rawatan segera dan beberapa langkah lain.

“Kerjasama dengan klinik kesihatan dan hospital lain yang berdekatan juga dikenal pasti bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan dan tidak terjejas,” katanya.

Hisham berkata, semua pesakit dan orang awam tidak perlu bimbang terhadap keselamatan mereka kerana HTF telah mengambil langkah pencegahan penyakit berjangkit dan kawalan jangkitan yang perlu.

“Masyarakat juga disarankan mengikuti arahan dan nasihat pihak pengurusan hospital dan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa,” ujarnya.- MalaysiaGazette




#COVID19 - STAF HOSPITAL DISAHKAN POSITIF CORONAVIRUS #COVID19 - STAF HOSPITAL DISAHKAN POSITIF CORONAVIRUS Reviewed by Pendekar Berkuda on 12:54:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!