Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara






Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai peguam negara.

Perkembangan mengejutkan itu dilaporkan media yang memetik sumber sebagai mengesahkan bahawa Tommy telah menghantar surat peletakan jawatan.

Bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan Tommy menjawab ‘ya’ ketika ditanya oleh portal berita itu mengenai peletakan jawatan tersebut.

Theedgemarket.com turut menyiarkan berita tersebut.

Tempoh perkidmatan Tommy sepatutnya berakhir Jun ini.

Sepanjang lantikannnya beliau membawa pertuduhan ke mahkamah antaranya kes skandal kewangan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Yang terbaharu beliau memutuskan untuk menggugurkan semua pertuduhan ke atas 12 tertuduh yang didakwa berkaitan sokongan terhadap kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Kesemua 12 suspek telah dibebaskan secara berperingkat mulai Isnin lalu. - MalaysiaGazette



Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara Reviewed by Pendekar Berkuda on 5:21:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!