"NEGARA KEHILANGAN RM300 BILLION KERANA KEJATUHAN SAHAM BSKL LEPAS PRU14!" - NAJIB

Celaka apalah yang mereka buat ni. Rupa-rupanya RM300 billions negara rugi akibat kejatuhan saham di BSKL selepas PH jadi kerajaan. Bukan sikit RM300 BILLIONS tu!

Bodoh punya rakyat pengundi Pakatan Harapan ni!

Kalian bacalah sendiri apa yang di luahkan oleh Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan tentang jahanam yang PH dah buat kepada negara.

=========


Saya lukis lagi supaya Rakyat senang faham.

Masa saya jadi PM, ekonomi Malaysia dilanda krisis ekonomi dunia paling teruk sejak tahun 1930an.

Oleh itu kami terpaksa meminjam dengan banyak untuk merangsangkan ekonomi pada masa itu bagi menyelematkan negara.

Selepas itu, kita turunkan defisit negara untuk 8 tahun berturut-turut.

Hutang langsung negara pada tahun 2008 yang kita warisi sebelum saya jadi PM ialah RM306 bilion.

Pada tahun 2017, hutang negara telah naik ke RM686.8 bilion.

Ini bermaksud, purata tambahan hutang negara setiap tahun untuk tempoh 9 tahun itu ialah RM42.3 bilion.

Pada tempoh tahun ini juga, banyak aset-aset negara dibina dan ditambah, nilai aset bersih Khazanah naik 3 1/2 kali ganda dari RM32 bilion ke RM116 bilion, rizab tunai Petronas juga naik ke RM173 bilion dan bantuan Rakyat dinaikkan setiap tahun.

Tapi selepas PH ambil alih, hutang negara naik dari RM686.8 bilion ke RM812 bilion, hampir RM50 bilion aset negara dijual tanpa sebarang aset ditambah manakala RM82 bilion dijarah dari Rizab tunai Petronas sehingga Petronas diturun penarafan bulan Jun lalu.

Belum masuk lagi nilai RM300 bilion yang hilang akibat kejatuhan 320 mata Bursa Malaysia.

Ekonomi negara pula semakin merosot dan bantuan dipotong atau dimansuhkan.

Inilah realiti dan inilah fakta.



Sumber - FB Najib Razak.
"NEGARA KEHILANGAN RM300 BILLION KERANA KEJATUHAN SAHAM BSKL LEPAS PRU14!" - NAJIB "NEGARA KEHILANGAN RM300 BILLION KERANA KEJATUHAN SAHAM BSKL LEPAS PRU14!" - NAJIB Reviewed by Pendekar Berkuda on 12:28:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!