MyKad Dan Sijil Beranak Palsu - "Korek Sampai Lubang Cacing!" - Timb Presiden PAS

"Kes Ini Melibatkan Keselamatan Negara! Pengkhianat Negara Mesti Di Hukum Berat!"


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak pihak berkuasa menyiasat hingga ke lubang cacing mereka yang mendalangi projek penjualan MyKad kepada warganegara asing. PAS mahu pesalah tersebut dikenakan hukuman mati. Tindakan menipu dan menjual MyKad adalah perbuatan khianat dan cubaan untuk mensabotaj kedaulatan negara.

PAS percaya penipuan dan penjualan MyKad yang terbongkar mutakhir ini hanyalah ‘tip of the iceberg’. Tidak mustahil, projek MyKad ini turut membabitkan penjualan hartanah, aktiviti ekonomi gelap, sistem keselamatan negara dan kepentingan politik. Sekiranya ramai warganegara asing seperti dari China dan Hong Kong, di manakah penempatan mereka? Apakah pekerjaan dan tujuan mereka datang ke sini?

Pada masa yang sama, PAS juga bimbang dengan ratusan ribu permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun ini. Adakah proses tapisan yang telah ditetapkan oleh kerajaan berjalan dengan telus? Mengapa tangkapan yang telah dibuat mendapati mereka tidak tahu berbahasa Melayu?

Dalang penipuan dan penjualan MyKad sangat jahat. Aktiviti ini pasti dikendalikan oleh komplot yang besar dan terancang. Kedaulatan negara dalam bahaya dan akan tergadai disebabkan oleh aktiviti mereka.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN

Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)

12 Muharram 1441 | 12 September 2019
MyKad Dan Sijil Beranak Palsu - "Korek Sampai Lubang Cacing!" - Timb Presiden PAS MyKad Dan Sijil Beranak Palsu - "Korek Sampai Lubang Cacing!" - Timb Presiden PAS Reviewed by Pendekar Berkuda on 12:14:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!