Kes Arwah Adib : "Kes Yang Pelik Dan Ganjil!" - Tan Sri Shahrir Abdul Samad

“Perjalanan inkues pun sudah ganjil dan pelik. Macam-macam telah berlaku dan juga dilakukan oleh pemerintah PH melalui Peguam Negaranya.



Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata sesuatu yang ganjil dan pelik berlaku dalam kes yang melibatkan pegawai bomba, Allahyarham Muhammad Adib.

Katanya, apa yang ganjil dan pelik ialah walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan proses pendakwaan terhadap mereka yang disyaki mencederakan Allahyarham Adib hingga menyebabkan kematian, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan supaya diadakan suatu inkues manakala dakwaan terhadap perusuh telah dibatalkan

“Perjalanan inkues pun sudah ganjil dan pelik. Macam-macam telah berlaku dan juga dilakukan oleh pemerintah PH melalui Peguam Negaranya.

“Sehinggakan Hakim Koroner inkues itu buat keputusan bahawa Peguam Negara telah melakukan ‘scandal’ terhadap perjalanan inkues itu serta menghina mahkamah koroner tersebut.

“Di mana Peguam Negara hendak letak mukanya? Di mana ‘Rule of Law’ yang pemerintah PH ‘sanjung dan laungkan’ semasa mereka berada sebagai pembangkang dulu? Dulu lain ke? Soalnya dalam satu status di Facebook.

Kerana itulah bidasnya, pendekatan yang dibuat oleh kerajaan PH mengenai kes tersebut amat pelik kerana Allahyarham adalah seorang penjawat awam yang berkhidmat untuk mengawal dan mengatasi kebakaran dan kecemasan lain.

Umum juga mengetahui telah adanya rusuhan dua malam berturut-turut dan Allahyarham Adib bersama rakan-rakannya bergegas ke tempat berlakunya kebakaran akibat dari rusuhan pada malam yang kedua.

Kata Shahrir lagi, UMNO Johor Bahru telah mendirikan satu ‘billboard’ bagi menyatakan pendirian mereka.

Billboard yang di naikkan oleh UMNO Johor Bahru.

Justeru ujarnya, UMNO Johor Bahru bertegas supaya Allahyarham Adib mendapat pembelaan demi keadilan untuk Allahyarham dan keluarga.

“Bukan melindungi seorang Peguam Negara yang sungguh ganjil dan pelik sikapnya terhadap undang-undang negara.

“Ianya jelas suatu kezaliman,” bidasnya lagi.

Untuk rekod kes ini membabitkan pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban tragedi berdarah dalam rusuhan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman pada 26 November 2018.

Pada 16 Julai lalu, bapa Allahyarham Adib, Mohd Kassim memfailkan permohonan perintah komital terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas kerana menghina mahkamah berkaitan proses inkuiri kematian anaknya. – UMNO ONLINE

.

Ayuh like fanpage kami, PendekarBerkuda dot Org.




.
Kes Arwah Adib : "Kes Yang Pelik Dan Ganjil!" - Tan Sri Shahrir Abdul Samad Kes Arwah Adib : "Kes Yang Pelik Dan Ganjil!" - Tan Sri Shahrir Abdul Samad Reviewed by Pendekar Berkuda on 10:22:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!