"Saya tak tujukan kepada sesiapa pun bila sebut paria.." - Mahathir

"Saya tidak tujukan kepada sesiapa. Siapa yang saya tujukan?" - Mahathir.


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, penggunaan perkataan 'paria' oleh beliau pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2019 di Kuala Lumpur baru-baru ini tidak ditujukan kepada sesiapa.

"Saya tidak tujukan kepada sesiapa. Siapa yang saya tujukan (ketika menyebut perkataan itu," soalnya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) tidak boleh dilayan seperti kasta rendah atau ‘paria’ dan diarahkan memberhentikan operasi di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan tiada negara lain berminat untuk melakukan pelaburan di negara ini.

Kenyataan itu mengundang bantahan oleh beberapa ahli PKR di Kapar yang membuat laporan polis terhadap Dr. Mahathir kerana menggunakan perkataan sedemikian.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menegaskan bahawa pakatan itu tidak terkeluar dari landasan (stray).

"Itu persepsi orang di luar. Yang penting kita bersatu dan kotakan janji kita," katanya. - UTUSAN ONLINE.

P/s : Untuk rekod. Paria adalah golongan kasta rendah penganut agama Hindu.
"Saya tak tujukan kepada sesiapa pun bila sebut paria.." - Mahathir "Saya tak tujukan kepada sesiapa pun bila sebut paria.." - Mahathir Reviewed by Pendekar Berkuda on 5:26:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!