Ketua Polis Negara Dah Jadi Lidah Politik Ke?

Ketua Polis Negara Dah Jadi Lidah Politik Ke? Apakah Orang Melayu & Kaum Muslimin Bukan Rakyat Malaysia?



1. Kenyataan akhbar yang memetik KPN menyalahkan pembangkang telah menyebabkan ketegangan antara kaum dan agama di lihat sebagai modal politik.

2. Kenyataan ini adalah bersifat prejudis, berat sebelah dan biased.

3. Sebagai individu yang mengetuai badan beruniform yang berfungsi untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat, mencampuri urusan politik adalah salah.

4. Beliau sepatutnya berkecuali dan memberikan komen yang lebih profesional.

5. Mana-mana individu yang waras tahu bahawa ketegangan kaum dan agama begitu memuncak kerana perbuatan sesetengah kaum yang melampau-lampau. Baik itu individu mahupun kelompok dan pemimpin politik.

6.Ambil contoh, fikirkan mengenai kes rusuhan di kuil yang menyebabkan terbunuhnya anggota bomba, Muhammad Adib. Yang mula mengeluarkan isu-isu perkauman dan agama apakah pembangkang? Big No.

7. Sebaliknya ianya di lakukan oleh kaum yang merusuh dan juga pemimpin mereka termasuklah Menteri Perpaduan sendiri.

8. Tetapi apa tindakan yang dikenakan kepada mereka? Nothing. Malahan kematian Adib masih bisu tanpa sebarang pembelaan dan pendakwaan. Apakah KPN sedar perkara ini?

9. Menyerang orang melayu, menghina Agong, menghina agama Islam, menghina Nabi, menghina institusi di raja Melayu. Siapakah yang melakukannya?

10. Apakah KPN menyangka rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam akan diam melihat penghinaan demi penghinaan yang dilakukan kepada mereka?

11. Apakah KPN mahukan orang Melayu dan kaum muslimin terus bertolak ansur tanpa sebarang tindak balas mempertahankan hak-hak mereka?

12. Memang benar. Pembangkang tetap pembangkang. Tetapi isu perkauman dan agama adalah melibatkan rakyat. Dan pembangkang adalah rakyat. Melayan pembangkang sebagai rakyat kelas dua tak sepatutnya dilakukan oleh seorang Ketua Polis Negara!

13. Ingat! Anda berkhidmat untuk rakyat! Bukan untuk ahli politik! Nak berpolitik sila letak jawatan dan join Parti Politik yang anda mahu.

14. KPN ini di lihat sangat tak berkredibiliti dan tiada integriti langsung.

15. Mohon lebih berintegriti dalam memberikan kenyataan media lain kali. Jangan biased wahai KPN!

.

.
Ketua Polis Negara Dah Jadi Lidah Politik Ke? Ketua Polis Negara Dah Jadi Lidah Politik Ke? Reviewed by Pendekar Berkuda on 2:38:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!