Besarnya Beban Najib Razak Dan Keluarganya. Anaknya Pula Kena Peras RM10.3 Juta.

Selepas kalah dalam pilihanraya umum ke 14, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja menghadapi penindasan dan penganiayaan yang tidak putus-putus. Malahan keluarganya juga turut terkena tempias.

Beliau dan isterinya di tahan, di soal siasat berjam-jam tanpa henti, di dakwa di mahkamah, akaun bank di bekukan, anak dan cucu di aniaya. Tidak puas dengan itu, di larang dari memuatnaik sebarang post di laman facebooknya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan baru melalui agensi-agensi mereka termasuk SPRM, LHDN menggunakan pelbagai macam cara untuk terus menekan dan menindas beliau dan keluarganya.

Sungguh keji dan langsung tidak berperikemanusiaan.

Berlainan dengan Mahathir dan keluarganya yang di tuduh sejak berpuluh-puluh tahun menyeleweng, merompak dan menyamun harta negara. Mahathir dan keluarganya langsung tidak di sentuh walau sedikitpun oleh pihak berkuasa sebaik sahaja kerajaan bertukar.

Malahan Lim Guan Eng yang di tuduh terlibat dalam kes rasuah di Pulau Pinang terlepas dari pendakwaan sebaik sahaja menjadi Menteri Kewangan.

Terbaru, anak Najib, Nuryana Najwa di kehendaki membayar kepada LHDN berjumlah RM10.3 juta atas tuduhan cukai, penalti cukai, dan penalti atas penalti cukai.

Satu yang pelik apabila semua cukai yang di dakwa ke atas 'pendapatan' itu adalah sebenarnya wang dari luar negara yang majoritinya bukan suatu yang wajib dikenakan cukai seperti mana yang ada dalam Akta LHDN.

Mengikut penjelasan Yana Najib seperti yang di muat naik di dalam posting Facebook miliknya, cukai-cukai yang dikenakan itu adalah seperti di bawah :

1. Rumah yang di beli oleh keluarga suami Yana di Malaysia namun meletakkan Yana sebagai salah seorang pemilik bersama rumah tersebut.

2.  Wang nafkah dari suaminya untuk kegunaan rumah tangga.

3. Wang hantaran perkahwinan dan pertunangan.

4. Hadiah perkahwinan.

Yana Najwa bersama Suaminya, Daniyar di majlis pernikahan mereka.

KERAJAAN GILA DAN KEJAM.

Sungguh apa yang dilakukan oleh LHDN kepada keluarga Najib ini adalah sesuatu yang sangat gila dan kejam. Lebih kejam daripada binatang pemangsa. Aku tak tahu sekiranya mereka ini sebenarnya manusia ataupun binatang.

Aku juga tak tahu sekiranya LHDN ini bawah ahli politik ataupun boleh mandiri untuk menegakkan kebenaran? Yang aku tahu, sehari demi sehari, semua agensi dan pihak berkuasa dalam Malaysia ini lebih teruk dari binatang.

Daripada polis, tentera, imigresen, LHDN, SPRM, semuanya kini adalah di bawah pengaruh ahli politik.

Tak ada satu pun yang aku lihat telus dalam melaksanakan hukum dan mematuhi undang-undang.

Semuanya dah jadi anjing kepada kaum kafir dan munafik pendusta.

Rule Of Laws abah dia.



- Pendekar Berkuda -


Ref :

1. https://www.facebook.com/nabeel.naqieii.9/posts/161708408283888
2. https://www.facebook.com/yana.najib.338/posts/164304551386235
Besarnya Beban Najib Razak Dan Keluarganya. Anaknya Pula Kena Peras RM10.3 Juta. Besarnya Beban Najib Razak Dan Keluarganya. Anaknya Pula Kena Peras RM10.3 Juta. Reviewed by Pendekar Berkuda on 2:09:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!