Ugut Buang Tok Batin Tak Sokong Pakatan Harapan. Senator PKR Buat Penjelasan

Boleh terima ke penjelasan beliau? Sedangkan rakaman audio memang dah jelas dia ugut buang tok batin orang Asli yang tak sokong kerajaan Pakatan Harapan.


Kenyataan Media Senator PKR, Bob Manolan Mohamad yang di tuduh mengugut Tok Batin Orang Asli yang tidak menyokong Pakatan Harapan.

Boleh terima ke penjelasan beliau? Sedangkan rakaman audio memang dah jelas dia ugut buang tok batin orang Asli yang tak sokong kerajaan Pakatan Harapan.


==============================

Kenyataan Media Senator Bob Manolan Mohd pada 11hb Januari 2019 (Jumaat) di Cameron Highlands, Pahang: 

Saya merujuk kepada laporan oleh Malaysiakini yang bertarikh 11 Januari 2019 (Jumaat) yang bertajuk “No salaries, posts if you don’t vote Harapan, senator warns Orang Asli chiefs”.

Laporan akhbar tersebut melaporkan bahawasanya saya telah menyatakan bahawa Tok Batin di Cameron Highlands akan kehilangan gaji dan jawatan mereka sekiranya mereka tidak mengundi Kerajaan Persekutuan pada Pilihanraya Kecil Cameron Highlands yang bakal diadakan pada 26 Januari 2019.

Merujuk kepada dialog tersebut, kenyataan sebenar saya adalah merujuk kepada peranan Tok Batin yang tidak seharusnya memegang jawatan Tok Batin dan pada masa yang sama mengambil jawatan di dalam parti UMNO.





Tok Batin yang menjalankan aktiviti politik dan partisan UMNO dan pada masa yang sama menerima elaun daripada Kerajaan Persekutuan sebagai Tok Batin merupakan satu percanggahan kepentingan atau conflict of interest.

Di dalam keseluruhan kenyataan saya, tidak pernah saya menyatakan amaran atau ugutan yang berbunyi tiada undi tiada bayaran, ataupun “no vote, no pay”.

Pada sesi dialog tersebut, soalan yang dikemukakan oleh peserta kepada saya adalah : "Siapakah yang membayar gaji / elaun Tok-tok batin?". Jawapan saya adalah Kerajaan Persekutuan yang membayar oleh itu kepada tok-tok batin yang masih sayang jawatan mereka sebagai Ketua Cawangan UMNO letak jawatan sebagai Tok Batin.


Untuk makluman, Tok-tok Batin yang dilantik oleh Menteri melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berperanan untuk membawa suara orang-orang asli dari kawasan masing-masing. Adalah logik dan rasional untuk mereka untuk sealiran dengan aspirasi dan dasar Kerajaan Pakatan Harapan, yang ingin membawa perkhidmatan sebaiknya dan perhatian khususnya isu masyarakat orang asli melalui agensi-agensi terbabit terutamanya JAKOA.





Dalam usaha memartabatkan demokrasi, Pakatan Harapan mengambil langkah untuk memastikan Pilihanraya Kecil Cameron Highlands ini dapat dijalankan tanpa sebarang campur tangan Kerajaan Persekutuan, tidak kira dalam sebarang bentuk yang mungkin mempengaruhi pengundi di Cameron Highlands.

Ia juga harus diingatkan bahawa punca berlakunya Pilihanraya Kecil Cameron Highlands yang bakal diadakan ini adalah disebabkan oleh penyelewengan dan kegiatan rasuah oleh calon Barisan Nasional yang memenangkan kerusi Parlimen ini pada Pilihanraya Umum Ke-14.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan bahawa dengan kenyataan media ini, ia dapat menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang ditimbul.





*Senator Bob Manolan Mohd*
*11 Januari 2018*

=====================

ULASAN

Seperti calon PRK Camerong Highland, M. Manogaran, kali ini senator PKR pula yang pusing keliling.

Senator kena sedar. Kerajaan tak terlibat dalam pilihanraya. So, duduk diam-diamlah. Perhati sahajalah pilihanraya tu.

Ini tidak, semua nak masuk campur. Siap main ugut-ugut lagi. Apa jadahlah semua ni?

- Pendekar Berkuda -




Ugut Buang Tok Batin Tak Sokong Pakatan Harapan. Senator PKR Buat Penjelasan Ugut Buang Tok Batin Tak Sokong Pakatan Harapan. Senator PKR Buat Penjelasan Reviewed by Pendekar Berkuda on 5:13:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!