Tips Sewa Kereta Ketika Travel Dan Melancong Ke Luar Negara

Tips Sewa Kereta Ketika Travel Dan Melancong Ke Luar Negara



Tips Sewa Kereta Ketika Travel dan Melancong ke Luar Negara. Tips ini di kongsikan oleh Tuan Amir Hassan yang sering pergi ke luar negara untuk tujuan travel dan bisnes.

Beliau telah berkongsi tips ini di dalam facebook beliau. Saya kongsikan di sini semula untuk pengetahuan dan panduan anda ketika berada di luar negara.




---------------------


Tips sewa kereta ketika travel

Belajar sewa kereta ketika kali pertama travel luar negara 2012 dari Frankfurt ke Rome. Bestnya sewa kereta boleh pergi mana sahaja yg kita suka pada bila-bila masa yg kita suka.

Di Cape Town kami sewa van Toyota yang boleh muat 10 orang. Sewa kenderaan tak boleh fikir penumpang je mesti fikir beg-beg besar yg dibawa.

Tengok juga limit kilometer sehari yg dibenarkan, bagus pilih no limit tapi mahal sikit. Kalau pilih limit kilometer bila terlebih kadar bayar ikut extra setiap kilometer.





Bagus beli Insuran penuh terutama dì kawasan yg tak pasti keselamatan. Wheel Cap van kami hilang ketika parking di Champs Bay Cape Town. Kalau beli pakej penuh insuran apa je berlaku samada kemalangan atau hilang akan cover 100%. Perlu bayar extra beberapa ratus sahaja.

Semasa di Cape Town booking kereta sewa secara online untuk trip di Johannesburg. Beberapa jam sebelum fly ke Johannesburg dapat satu miss call. Dalam hati memang dah jangka dari syarikat kereta sewa.

Bila sampai Johannesburg nak ambik kereta sewa baru terbaca booking kereta dibatalkan sebab tak dapat detect asal usul booking. Betullah miss call sebelum terbang dari Cape Town tu dari syarikat kereta sewa.





Kami pergi semua kaunter kereta sewa di airport Lensaria Johannesburg untuk sewa van tapi semua kata tak ada. Akhirnya kami buat keputusan sewa dua kereta Nissan dan Renault untuk 7 orang dan 7 beg besar.

Ini pengalaman kami. Pasti kawan2 yang selalu sewa kereta kita travel luar negara ada pengalaman lain. Share lah pengalaman tu untuk panduan semua.

SUMBER :





Tips Sewa Kereta Ketika Travel Dan Melancong Ke Luar Negara Tips Sewa Kereta Ketika Travel Dan Melancong Ke Luar Negara Reviewed by Pendekar Berkuda on 11:35:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!