Tak Ada Tanah Orang Asli di Kelantan kecuali yang di anugerahkan - Timbalan MB Kelantan

"Penasihat undang-undang kerajaan negeri sebenarnya pegawai persekutuan, mereka dah letakkan pegawai ini dalam situasi yang pelik." - Peguam kerajaan negeri Kelantan.


Kerajaan Kelantan malam tadi menjawab tindakan Putrajaya menyamannya demi Orang Asli, mengatakan tidak ada tanah di negeri itu yang dimiliki masyarakat pribumi itu.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata apa yang menjadi milik Orang Asli adalah apa yang diberi kerajaan negeri.





“Setakat ini tidak ada tanah yang dimiliki Orang Asli kecuali yang diberi milik oleh kerajaan negeri,” katanya kepada FMT.

Amar menunggu laporan dan pandangan undang-undang sebelum kerana dia tidak pasti tentang saman itu.

“Tanah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya mengingatkan Putrajaya.

Sementara itu, peguam yang sering mewakili kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan melihat tindakan kerajaan persekutuan itu sebagai “janggal”.

Takiyuddin mengingatkan penasihat undang-undang kerajaan negeri sebenarnya pegawai persekutuan.

“Putrajaya meletakkan pegawai ini dalam keadaan yang pelik,” katanya.

Beliau menambah semua orang maklum soal tanah dan dasar-dasar berkaitan bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Sedangkan kerajaan persekutuan pun tertakluk kepada tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri,” katanya.





Peguam Negara Tommy Thomas hari ini mengumumkan Putrajaya memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS kerana pencerobohan penempatan-penempatan Orang Asli.

Ia juga memohon injunksi menghalang syarikat-syarikat swasta menceroboh tanah pribumi untuk menjalankan aktiviti komersial.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu menamakan kerajaan negeri, pengarah tanah dan galian negeri, pengarah perhutanan negeri dan 5 entiti swasta. - FMT



Tak Ada Tanah Orang Asli di Kelantan kecuali yang di anugerahkan - Timbalan MB Kelantan Tak Ada Tanah Orang Asli di Kelantan kecuali yang di anugerahkan - Timbalan MB Kelantan Reviewed by Pendekar Berkuda on 4:09:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!