Sokong Penuh Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Pertahan Tindakan Tahan & Siasat Penghina Agong

"Kalau kita biarkan perkara ini ditularkan tanpa dikawal akan cetuskan situasi yang mengancam keselamatan negara." - Timbalan Ketua Polis Negara.

Kredit : Facebook Zakariya Ahmad
Tahniah dan syabas dengan kenyataan Timbalan Ketuan Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim atas keberanian mempertahankan tindakan menangkap dan menahan individu-individu yang menghina Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Dalam artikel sebelum ini, saya ada berkongsi mengenai laporan berita yang menyebutkan bahawa penghina Agong di tahan polis untuk bantu siasatan.

Pautan Artikel : Penghina Agong Di Tahan Polis





Pada waktu yang sama juga saya memuat-naik artikel mengenai tindakan Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia, Shamini Darshini Kaliemuthu yang menempersoalkan tindakan polis menahan mereka di bawah Akta Hasutan.

Pautan Artikel : Shamini Darshini Kaliemuthu Marahkan Polis.





Saya sokong tindakan polis melakukan tangkapan terhadap pihak-pihak yang cuba menghina dan merendah-rendahkan insitusi diraja di negara ini. Ia sangat perlu di lakukan supaya di lain masa situasi ini tidak akan berlaku lagi.

Rakyat perlu di ajar untuk hormat institusi diraja sebagai Payung Perlembagaan negara terutamanya Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu kerana negara ini adalah sebuah negara Demokrasi Raja Berperlembagaan. Bukannya seperti yang wujud di negara barat.





PETIKAN LAPORAN UTUSAN MALAYSIA.





KUALA LUMPUR 10 Jan. - Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat tiga individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V menggunakan Akta Hasutan adalah sebagai langkah menjaga keselamatan negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, berikutan isu yang dimainkan tiga suspek tersebut adalah sensitif selain menjadi tular di media sosial, pihaknya terpaksa mengambil tindakan tegas sebelum perkara tidak diingini berlaku.

"Polis ambil tindakan (menggunakan Akta Hasutan) sebab kita tidak mahu kalau kita biarkan perkara ini ditularkan tanpa dikawal akan cetuskan situasi yang mengancam keselamatan negara.

"Kita perlu ambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada," jelasnya.





Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Forum Kes Penderaan Kanak-kanak Semakin Meningkat: Adakah Undang-undang Kurang Berkesan? yang dianjurkan Mahasiswa Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Universiti Kebangsaan Malaysia - PDRM di Maktab PDRM, di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Noor Rashid berkata, ketiga-tiga individu tersebut telahpun dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Subang, Farhan Haziq Mohamed serta Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Syahredzan Johan menyifatkan tindakan itu melanggar moratorium dan menggesa supaya mereka dilepaskan. - UTUSAN ONLINE

=============================






Sementara itu pada masa yang sama saya gembira apabila polis mengumumkan bahawa kertas siasatan terhadap kematian Muhammad Adib telah di lengkapkan. Saya menunggu mereka mengambil tindakan undang-undang dan pendakwaan.

Sama-samalah kita tunggu berita yang seterusnya.

Salam Perjuangan!

- Pendekar Berkuda -




Sokong Penuh Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Pertahan Tindakan Tahan & Siasat Penghina Agong Sokong Penuh Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Pertahan Tindakan Tahan & Siasat Penghina Agong Reviewed by Pendekar Berkuda on 7:07:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!