SKMM Lebih Laju Bertindak Dari SPRM dan SPR. Penyebar Gambar Bagi Duit PRK Cameron Highland di cari!

Tak sampai 10 jam tular gambar individu berikan wang kepada orang Asli di PRK Cameron Highland, SKMM bertindak mengesan akaun Facebook individu yang menyebarkan gambar tersebut. Kecut lettew.


Lain yang di minta untuk siasat mengenai perkara ini. Pihak lain pula yang lebih dulu keluar mengesan pesalah. Nak cuba tutup mulut dan ikat kaki tangan orang ke apa?

Gambar ini tular dan di kongsikan di merata media sosial termasuk di Facebook, Instagram, Twitter, dan juga Whatsapp. Namun bukan sahaja SPRM dan SPR yang di harapkan bertindak untuk menyiasat perkara ini tak keluar berita. SKMM pula yang lebih dahulu bertindak untuk mengesan individu yang menyebarkan gambar tersebut.

Bukannya salah individu yang sebarkan gambar. Gambar itu bukannya gambar edit ataupun gambar buatan, sudah terang lagi bersuluh ianya gambar tulen. Bukannya SPRM atau SPR yang muncul sebaliknya SKMM pula yang muncul untuk mendiamkan orang ramai.

Ini semua memang gila!

Di bawah ini adalah petikan laporan berita UTUSAN MALAYSIA. Sebelum itu lihatlah iklan di bawah ini. Mungkin anda mahu tahu kandungannya. Saya membiayai laman web ini melalui iklan. Tak banyak tapi bolehlah untuk kumpul bagi secawan teh 'o' ais kan. Terima kasih daun keladi.






=============================

LIPIS 13 Jan. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang melakukan siasatan bagi mengenalpasti pemegang akaun Facebook dan individu yang terlibat dalam gambar pemberian duit yang dikatakan oleh jentera parti politik di dalam media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, siasatan dilakukan dahulu oleh SKMM sebelum tindakan lanjut termasuklah laporan polis dibuat.


“Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab, mungkin kadang-kadang diada-adakan bukan seperti tafsiran sebenar apa yang berlaku di dalam gambar itu.


“Bagi sedikit masa kita tunggu sampai dapat maklumat yang tepat baru kita akan terangkan keadaan sebenar,” katanya selepas melawat Bilik Gerakan PH Felda Sungai Koyan 3 di sini hari ini.






Pemuda UMNO hari ini mempersoal gambar seorang wanita mengagihkan wang kepada beberapa pemuda yang tular dalam media sosial hari ini.


Gambar tersebut yang dipercayai dirakam ketika Pakatan Harapan (PH) berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands memberi gambaran seolah-olah wujud elemen politik wang dalam kempen pakatan itu.


Sehubungan itu, Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendesak Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) supaya menyiasat segera perkara tersebut. - UTUSAN ONLINE




SKMM Lebih Laju Bertindak Dari SPRM dan SPR. Penyebar Gambar Bagi Duit PRK Cameron Highland di cari! SKMM Lebih Laju Bertindak Dari SPRM dan SPR. Penyebar Gambar Bagi Duit PRK Cameron Highland di cari! Reviewed by Pendekar Berkuda on 7:27:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!