Siti Kassim Tuduh Malaysiakini Tak Beretika.

“Mereka tidak beretika kerana hanya memaparkan sebahagian cerita. Saya pernah jadi mangsa juga.” - Bedah Kassim 

Bedah kena troll.
Saya terbaca laporan akhbar Utusan Malaysia yang laporkan Siti Zabedah Kassim yang pernah di troll oleh seseorang sebagai "babi" di dalam facebooknya (rujuk gambar di atas). Penama yang memakai gelaran lanun_perosak itu troll Bedah untuk gambarnya bersama anjing. Bedah pun marahlah. Dia kata dia di fitnah. Mamat tu pun katalah itu troll saja sampai dia mintak maaf kat bedah sebab tak nak panjangkan cerita.

Kali ini Siti Zabedah Kassim menempelak dan menuduh Malaysiakini sebagai tak beretika dan hanya memaparkan sebahagian sahaja dalam laporan mereka.

Baca artikel di bawah untuk makluman anda. Sebelum tu silakan tonton iklan di bawah ya. Mana tahu anda berminat.

================================





KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau dikenali sebagai Siti Kasim tampil mempertahankan Ahli Dewan Negara, Senator Bob Manolan Mohamad yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada Tok Batin di Cameron Highlands, baru-baru ini.

Bagi Siti Kasim, Bob Manolan mengeluarkan kenyataan tersebut dalam konteks menjawab soalan hadirin yang bertanya tentang tok batin yang masih mempunyai ‘mentaliti Barisan Nasional (BN)’.

Maka, Siti Kasim menyalahkan portal Malaysiakini yang dianggap tidak memaparkan keseluruhan cerita.

“Sekarang, saya tahu media perlu jual berita mereka tetapi Malaysiakini, melalui pengalaman peribadi saya sendiri, mereka akan tulis berita demi sensasi.

“Mereka tidak beretika kerana hanya memaparkan sebahagian cerita. Saya pernah jadi mangsa juga,” katanya dalam kenyataan dalam laman Facebook peribadinya di sini semalam.

Sehubungan itu, Siti Kasim mempersoal tindakan Malaysiakini yang tidak memaparkan soalan yang dikemukakan oleh penduduk ketika itu.





Katanya, yang banyak terlibat membantu protes Orang Asli terutamanya melibatkan isu pembalakan di Kelantan, orang ramai perlu faham situasi Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang sebelum ini menjadi ‘alat’ BN untuk memastikan Orang Asli terus jahil (uninformed), takut dan hanya menyokong BN.

Jelasnya lagi, ramai Tok Batin yang tidak berani untuk bercakap mewakili penduduk kampung kerana takut kehilangan pendapatan.

“Kalau anda pernah bekerja dengan komuniti ini, anda akan tahu bahawa penduduk kampung perlu menghadapi banyak rintangan dan rintangan pertama mereka adalah (tok) batin dan penghulu,” katanya.






Bob Manolan sebelum ini dikecam ramai kerana didakwa berkata tok batin di kawasan Cameron Highlands tidak akan dibayar sekiranya tidak menyokong Pakatan Harapan (PH).

Namun, selepas itu beliau menafikan dakwaan tersebut dan menganggap laporan oleh portal Malaysiakini satu bentuk salah tafsir terhadap kenyataannya. – UTUSAN ONLINE

ARTIKEL BERKAITAN : Senator PKR Ugut Tok Batin




Siti Kassim Tuduh Malaysiakini Tak Beretika. Siti Kassim Tuduh Malaysiakini Tak Beretika. Reviewed by Pendekar Berkuda on 12:55:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!