"Semakin dahsyat Kerajaan Pakatan Harapan." - kata Najib

Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan sebagai angkuh dan mabuk kuasa.


Datuk Seri Najib Razak telah memuat naik status di halaman facebook dan juga akaun twitter beliau yang mengutuk kerajaan Pakatan Harapan sebagai angkuh dan mabuk kuasa.

Beliau juga mengatakan bahawa kerajaan ini menindas dan mengugut rakyat setiap hari.

Kenyataan tersebut di berikan bersama cetakan layar laporan berita yang menyebutkan bahawa SKMM mahu menyiasat akaun facebook yang menyebarkan gambar individu yang memberikan wang di Pilihanraya Kecil Parlimen Cameron Highland.


Datuk Seri Najib juga menyoal para pengikutnya di facebook sama ada mereka takut atau tidak?

Beliau juga mengajak untuk rakyat melawan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan.







Status tersebut mendapat responses netizen yang turut mempersoalkan tindakan SPRM. Tidak kurang juga yang membalas kembali dengan menuduh tindakan kerajaan BN di era beliau.

Fakhrul Shahrom menulis : Dah terbalik laaa, patut siasat siapa dan apa tujuan kasi duit ke pengundi. Ini siasat siapa pulak yg start viral pic "perasuah" tu pulak???? Humban PH pada PRU15.

Zam Ten pula memberikan responsenya : "aii malaysia baru ka mcm ni...yang ambik gambar kena siasat tapi yang beri/terima wang tak perlu siasat....mana shukri sprm yang pelakon terbaik tu.."


Teruk sekali di bawah kerajaan baru ini. Mereka secara terang-terang menggunakan kuasa yang ada kepada mereka untuk menzalimi rakyat biasa dan kebanyakan.

Peliknya ada yang menuduh BN pun buat juga dahulu (beri rasuah / sogokan), kata mereka. Jadi bila BN buat kamu pun boleh buat? Begitu? Apa guna kamu kata kamu ini lebih baik jika kamu buat lebih teruk daripada yang di buat oleh kerajaan BN dahulu (menindas dan mengugut rakyat).

Selamat datang ke Era Mahathir dan Komunis kawan-kawan!

- Pendekar Berkuda -

.

P/s : Blog ini tidak didanai oleh mana-mana pihak. Ia adalah blog peribadi milik saya sendiri. Perjuangan saya untuk membela agama, bangsa dan negara saya. Sudilah kiranya anda melihat iklan di bawah. Mana tahu ianya menarik untuk anda. Terima kasih daun keladi.








"Semakin dahsyat Kerajaan Pakatan Harapan." - kata Najib "Semakin dahsyat Kerajaan Pakatan Harapan." - kata Najib Reviewed by Pendekar Berkuda on 8:21:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!