"Selangor Adalah Negeri Paling Tinggi Hutang Dengan Kerajaan Pusat." - Najib

Jumlah hutang Selangor kepada kerajaan Persekutuan adalah RM25 billion. 8 kali ganda lebih tinggi daripada negeri Pahang.


Bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak menempelak Lim Guan Eng kerana berbohong tentang hutang sebenar negeri Selangor sebaliknya menuduh Pahang sebagai negeri yang berhutang paling tinggi dengan kerajaan Persekutuan.

Dalam catatan di Facebook beliau, Najib turut menuduh Lim Guan Eng menggunakan laman sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk propaganda politik beliau. Satu tindakan salah guna kuasa yang jelas.

===================================

Negeri yang "hutang" paling tinggi kepada kerajaan pusat sebenarnya ialah Selangor, bukan Pahang.

Liabiliti Selangor kepada kerajaan pusat ialah sekurang-kurangnya RM25 bilion berbanding RM3 bilion untuk negeri Pahang.

Biar saya jelaskan.

Jika sebuah negeri ingin meningkatkan atau mengstruktur kembali infrastruktur perkhidmatan air, mereka ada dua pilihan untuk mencari dana:



KAEDAH 1 : Meminjam dana dari kerajaan pusat. Kaedah ini digunakan oleh negeri Pahang dan menyebabkan hutang negeri meningkat.

Tetapi aset-aset infrastruktur air masih dimilik oleh negeri Pahang.



KAEDAH 2 : Meminta kerajaan pusat mengeluarkan dana untuk membeli aset-aset infrastruktur air dan menyewa kembali aset-aset ini kepada negeri.

Kaedah ini digunakan untuk Selangor.

Dari tahun 2010 sehingga tahun 2018, kerajaan pusat telah mengeluarkan dana serta mengambil alih liabiliti yang berjumlah RM25 bilion untuk aset-aset air negeri Selangor.



Ini termasuk untuk projek penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor, projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan skim penstrukturan semula industri bekalan air.

Selangor membayar balik kepada kerajaan pusat dengan cara pajakan iaitu bayaran sekitar RM750 juta setiap tahun selama 45 tahun sebelum aset-aset ini dikembalikan kepada negeri.

Walaupun kedua-dua kaedah melibatkan kerajaan pusat mengeluarkan dana untuk negeri, kaedah kedua tidak dikira sebagai hutang rasmi negeri kerana ianya diklasifikasi sebagai pajakan.



Bagaimanapun, kedua-dua kaedah memerlukan negeri untuk membayar balik kepada kerajaan pusat - samada dengan membayar hutang seperti Pahang ataupun secara ansuran melalui bayaran pajakan tahunan seperti Selangor (dan Pulau Pinang).

Bahagian terbesar daripada hutang RM3 bilion negeri Pahang ialah untuk infrastruktur perkhidmatan air negeri itu.

Bila negeri Pahang menjalankan kaedah penstrukturan semula industri perkhidmatan air seperti yang telah dilakukan oleh negeri Selangor dan negeri-negeri lain, maka hutang negeri Pahang juga akan jatuh dengan banyak.



Menteri Kewangan kita telah berkali-kali menyalahgunakan saluran rasmi kementerian untuk serangan politik ke atas negeri Pahang untuk PRK Cameron Highlands minggu lepas.

Tetapi dia tidak memberikan gambaran sebenar seperti apa yang saya jelaskan diatas.

Buat apa dia perlu beri maklumat lengkap dan sahih asalkan rakyat masih senang untuk ditipu oleh Menteri Kewayangan DAP? - NAJIB RAZAK


"Selangor Adalah Negeri Paling Tinggi Hutang Dengan Kerajaan Pusat." - Najib "Selangor Adalah Negeri Paling Tinggi Hutang Dengan Kerajaan Pusat." - Najib Reviewed by Unknown on 12:58:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!