"Sekarang baru pemandu teksi sedar mereka dah tertipu." - Najib

Dahulu mereka termakan hasutan Pakatan Harapan sehingga sanggup menyeru pemandu teksi berkempen untuk menolak Barisan Nasional.


Hari Rabu lalu, pengasas Big Blue Taxi Services, Datuk Shamsubahrin Ismail dan kira-kira 10 pemandu teksi telah melawat saya serta meluahkan perasaan tidak puas hati dengan kerajaan PH.

Beberapa hari sebelum PRU14, Datuk Shamsubahrin pernah mengeluarkan kenyataan untuk menyeru seluruh pemandu-pemandu teksi di negara untuk menolak BN dan mengundi PH.


Klip video beliau tersebar luas pada masa itu.

Kini, mereka sudah tahu bahawa mereka telah dipergunakan sebelum PRU14 dan telah ditabur dengan janji-janji palsu dari PH.

Ada antara mereka meminta maaf kepada saya kerana terperdaya dengan fitnah ini kerana mereka Uber dan Grab yang mencetus saingan kepada sumber rezeki mereka.



Mereka beritahu saya bahawa ramai pemandu teksi yakin bahawa PH akan mengharamkan Uber dan Grab bila PH menang.

Sebab itu, mereka turut membantu berkempen bagi PH dan mencemuh kerajaan BN setiap kali mereka membawa penumpang.

Itu adalah taktik sangat licik PH untuk menipu dan menggunakan pemandu teksi dan meracuni pemikiran sebagai penyebar propaganda anti-kerajaan kerana PH tahu, pemandu teksi berjumpa dengan ramai orang setiap hari.



Kini, mereka sudah sedar bahawa berita yang disebar oleh mereka yang menyokong PH kononnya isteri saya, Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab adalah palsu.

Pemandu-pemandu teksi juga memberitahu bahawa bisnes mereka sekarang amat sukar akibat persaingan dengan perkhidmatan "ride-sharing", keadaan ekonomi tidak menentu dan jumlah pelancong-pelancong luar negara yang dikatakan telah turun.

Pada pertemuan hari itu, mereka berkata bahawa kerajaan PH tidak prihatin terhadap mereka, tidak melakukan apa-apa untuk membantu mereka dan meminta saya untuk mengutarakan masalah-masalah mereka.



Oleh itu, saya telah membuat sidang media pada hari Rabu itu juga untuk meminta kerajaan PH untuk menjaga golongan pemandu teksi juga.

Antaranya, saya telah gesa PH untuk pertimbang rumah PPR kepada pemandu teksi kerana ramai daripada mereka masih tidak memiliki rumah.

Ini kerana mereka rakyat yang bekerja keras, bekerja waktu yang panjang, memerlukan rumah dengan bayaran yang habis minima disebabkan pendapatan mereka yang tidak menentu,

Pagi ini, Timbalan Menteri PH membalas bahawa usaha untuk menyediakan rumah PPR bagi pemandu teksi sedang di dalam rancangan kerajaan PH tetapi Menteri ini menyoalkan mengapa saya perlu bercakap untuk pemandu-pemandu teksi.



Ketika saya PM, saya dapat lihat ramai rakyat Malaysia senang dengan khidmat e-hailing pada masa itu Ramai pemandu Malaysia turut memperoleh pendapatan tambahan apabila menjadi pemandu Grab atau Uber.

Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa adalah agak sukar untuk mengharamkan Uber dan Grab kerana ia hanya memerlukan satu aplikasi telefon pintar.

Ketika itu, saya juga perlu mengimbangi antara keperluan rakyat Malaysia yang mendapat manfaat dari khidmat e-hailing dan keperluan industri teksi.



Untuk itu, saya rasakan perlu ada kesimbangan persaingan bagi semua perkhidmatan. Rancangan kami adalah untuk mengawal selia Uber dan Grab sambil memastikan kerajaan turut menyediakan lebih banyak bantuan kepada pemandu teksi agar mereka dapat turut bersaing secara sihat.

Selain dari bantuan kewangan dan tayar percuma, kerajaan BN masa saya PM juga berusaha supaya pemandu teksi mendapat permit persendirian dan bukan lagi menyewa permit dari syarikat kroni yang terima beribu permit hasil legasi sebelum pentadbiran saya.

Hari ini, ramai pemandu teksi menyesal kerana sedar mereka tertipu. Grab tidak diharamkan sebagaimana mereka harapkan, manakala bantuan khusus untuk pemandu teksi sebagaimana ketika pentadbiran saya turut dihentikan. - NAJIB RAZAK




"Sekarang baru pemandu teksi sedar mereka dah tertipu." - Najib "Sekarang baru pemandu teksi sedar mereka dah tertipu." - Najib Reviewed by Unknown on 4:54:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!