PTPTN Tak Akan Bagi Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman Bermula 1 Januari 2019

Sumber Twitter PTPTN telah memberitahu bahawa selepas 31 Disember 2018, tiada lagi pemberian diskaun untuk pembayaran balik pinjaman.






Apalah malang nasib peminjam PTPTN yang terpaksa melupakan hasrat untuk menikmati diskaun bagi pembayaran balik pinjaman secara keseluruhan sebanyak 20% bermula tahun ini telah di batalkan oleh PTPTN.

Situasi yang sama turut berlaku kepada peminjam yang membuat pembayaran melalui skim potongan gaji di mana mereka tidak lagi menerima diskaun untuk pembayaran balik pinjaman seperti sebelum ini.

Seorang pemilik akaun twitter, @Iskandar_Dzin telah bertanya kepada akaun twitter @twitptptn apakah masih ada diskaun bagi pembayaran balik keseluruhan pinjaman pada tahun 2019?

@twitptptn telah membalas tweet tersebut dengan mengatakan bahawa selepas 31 Disember 2018, tiada lagi diskaun 20% bagi pembayaran balik keseluruhan pinjaman.




Jawapan yang sama turut diberikan oleh PTPTN terhadap tweet seorang wanita yang bernama Nana mengenai diskaun pembayaran balik bagi peminjam yang buat pembayaran melalui potongan gaji.

Jawapan yang diberikan oleh PTPTN merupakan jawapan yang pasti bagi dasar dan polisi PTPTN yang telah berubah di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan.

Tahniah di ucapkan kepada para pengundi yang mengundi mereka. Bukan sahaja janji di mungkiri, malahan hidup semakin di bebani.

Jika hidup mereka sahaja tak mengapalah. Tapi ini tidak. Hidup orang lain pun kena tempias.

Apa-apapun semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Teruskan berjuang kerana hidup ini adalah satu perjuangan.

Kita semua pasti boleh menghadapinya.

InsyaALLAH.

- Pendekar Berkuda -




PTPTN Tak Akan Bagi Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman Bermula 1 Januari 2019 PTPTN Tak Akan Bagi Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman Bermula 1 Januari 2019 Reviewed by Pendekar Berkuda on 11:14:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!