Projek Kereta Ketiga : "Jaminan Lim Guan Eng Boleh Pakai Ke?" - sindir Najib.

Dulu Lim Guan Eng pernah sebut bahawa Projek Kereta Nasional Ketiga tidak akan menggunakan wang rakyat.


"Projek kereta ketiga M'sia tidak guna duit rakyat, jamin Lim Guan Eng." merupakan tajuk berita suatu masa dahulu.

Mari kita membaca dana siapa.

Gerenti Guan Eng boleh pakai, ke?

Dia boleh faham ini ke:

Duit Khazanah = Duit Kerajaan = Duit Rakyat.
Duit PNB = Duit Rakyat.
Duit KWSP = Duit Rakyat.
Duit KWAP = Duit penjawat awam.

------------------------------


KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng diminta menjelaskan adakah projek kereta nasional ketiga yang akan dibangunkan nanti menggunakan dana awam.

Soalan itu dikemukakan oleh Datuk Seri Dr Wee Ka Siong selepas Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman memberitahu media bahawa agensi itu akan menerajui projek tersebut dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Nasional yang dijadualkan pada 28 Januari ini.

Dua lagi syarikat yang disebut ialah Sime Darby Auto Engineering dan SilTerra Malaysia Sdn Bhd.



Ka Siong berkata, dua-dua adalah syarikat milik kerajaan.

Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, jika dikaji struktur pegangan saham Sime Darby ialah PNB dengan penguasaan 52%, KWSP 10% dan KWAP 6%.

Sementara itu, pelabur utama SilTerra adalah Khazanah Nasional Bhd, cabang pelaburan strategik kerajaan Malaysia.

SilTerra ditubuhkan pada tahun 1995 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri yang merupakan pengilang semikonduktor yang pernah merekodkan kerugian.



Ia mempunyai kerugian kumulatif berjumlah RM7.3 bilion selama 10 tahun sehingga 2011.

Ka Siong mendakwa, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pernah menimbulkan keraguan terhadap prestasinya pada tahun 2008.

“Ini membimbangkan. Adakah GLC disokong oleh dana kerajaan? Adakah dana kerajaan diperoleh dari orang awam?.

“Patutkah SilTerra diberi lampu hijau untuk terlibat dalam projek kereta nasional ketika, adakah DAP akan bersuara? Atau akan kekal senyap?,” soal Presiden MCA itu.



Ini kerana, sebelum ini, Guan Eng telah memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menggunakan dana awam untuk projek tersebut.

Lagipun Pakatan Harapan menekankan negara mengalami masalah hutang tetapi akan meneruskan dengan projek kereta nasional ketiga dan jambatan bengkok.

Ka Siong menegaskan penduduk Malaysia tidak besar dan pasaran kereta tempatan adalah kecil dan sudah mempunyai Proton dan Perodua.



Malah, katanya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya belajar daripada masa lalu, selain dikhuatiri kemasukan kereta import pada masa depan lebih mahal, sekaligus meningkatkan beban kewangan rakyat.

“Daripada melabur dalam industri kereta, beliau harus memberi keutamaan kepada pembangunan sistem pengangkutan awam.

“Kereta nasional ketiga sememangnya tidak perlu menjadi keutamaan dan kerajaan tidak harus menggunakan dana awam untuk projek itu.

“Jika projek kereta kebangsaan ketiga sememangnya dibangunkan dengan wang rakyat, apa yang hendak kamu katakan, Lim Guan Eng?,” tanya Ka Siong. – MG



Projek Kereta Ketiga : "Jaminan Lim Guan Eng Boleh Pakai Ke?" - sindir Najib. Projek Kereta Ketiga : "Jaminan Lim Guan Eng Boleh Pakai Ke?" - sindir Najib. Reviewed by Unknown on 4:54:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!