PPBM Tetap Mahu Ketua Bahagian Rembat Sumber Kerajaan Untuk Parti Mereka






PPBM Tetap Mahu Ketua Bahagian Rembat Sumber Kerajaan Untuk Parti Mereka. PPBM Bahagian Bandar Tun Razak mempertahankan Ketua Bahagiannya, Mohd Shahni Ismail yang dikritik kerana menggesa sumber kerajaan digunakan untuk tujuan parti.

Ketua Penerangan PPBM Bahagian Bandar Tun Razak, Ahmad Bastari Muslim berkata kenyataan Shahni seiring kelangsungan parti hari ini.

“Kenyataan beliau juga bukanlah berbentuk oportunis dan memikirkan survival politik milenium ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam perhimpunan agung tahunan parti itu Ahad lalu mengecam Shahni yang meminta jawatan dan kontrak kerajaan.





“Saya nak tegur sikit. Perwakilan Wilayah Persekutuan tadi sampai berani nak menamakan menteri yang menjanjikan kontrak. Itu boleh jadi kes rasuah. Janji kontrak, jumpa menteri, mana boleh,” kata menteri belia dan sukan itu.

Ia disusuli kenyataan Naib Presiden PPBM, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman yang berkata, pimpinan parti wajar memberi “senjata”, iaitu bantuan dan sokongan kepada ketua bahagian serta cawangan supaya wakil parti itu boleh berkhidmat dengan lebih berkesan di kawasan masing-masing.

Ahmad Bastari berharap tiada lagi tafsiran salah terhadap kenyataan Shahni yang juga ketua penerangan PPBM Wilayah Persekutuan dalam perhimpunan agung tahunan parti itu hujung minggu lalu.

Katanya, kenyataan Shahni ialah pandangan terbuka yang membuktikan demokrasi wujud dalam PPBM.

Beliau berkata, PPBM sentiasa terbuka kepada setiap pandangan, “namun kita harus lebih memandang ke depan serta menjaga nama parti agar menjadi sekuntum bunga yang sentiasa segar mengharum dan disanjungi serta dicontohi parti lain”.



PPBM Tetap Mahu Ketua Bahagian Rembat Sumber Kerajaan Untuk Parti Mereka PPBM Tetap Mahu Ketua Bahagian Rembat Sumber Kerajaan Untuk Parti Mereka Reviewed by Pendekar Berkuda on 8:03:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!