PH Kalah Sebab Isu Perkauman - kata Mujahid. Adakah merujuk kepada kenyataan perkauman calon Pakatan Harapan?

Mujahid mungkin terlupa memasukkan isu perkauman yang dimainkan oleh calon PH, Manogaran sebelum itu.


Kempen perkauman dan agama yang dimainkan UMNO serta PAS menjadi sebab utama kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Sebelum ini, Mujahid pernah mengatakan bahawa jika BN menang di Cameron Highlands, ianya adalah petanda buruk buat negara. Satu pernyataan yang sangat bodoh dikeluarkan oleh seorang Menteri Agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kaedah kempen yang dimainkan dua parti itu sesuatu yang membimbangkan dan mencemarkan usaha kerajaan untuk membentuk Malaysia Baharu, sekali gus menjejaskan undi Melayu dan Orang Asli terhadap PH.



“Sebagai contoh, saya sendiri melihat dan mendengar ceramah mereka yang mengatakan Menteri Agama tak jaga agama, Menteri Agama jual Tabung Haji, Menteri Agama ikut telunjuk DAP dan sebagainya.

“Terang-terang perkara ini adalah fitnah di siang hari,” katanya selepas merasmikan sambutan Pesta Ponggal Parlimen Parit Buntar di Dewan Ramli Ngah Talib, di sini, hari ini.



Dalam program itu, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, menyampaikan sumbangan kepada lebih 20 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu di Parlimen itu.

Mujahid berkata, pihaknya kini bimbang isu sama dimainkan gabungan dua parti ini dalam dua PRK akan datang iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini serta DUN Rantau, jika rayuan berhubung kerusi itu ditolak oleh mahkamah.



“Saya yakin mereka akan membawa trend sama pada dua PRK nanti kerana merasakan sudah berjaya dengan isu yang dimainkan di Cameron Highlands.

“Kalau nak berkempen biarlah bersih, seperti kempen kritik dasar kerajaan atau sebagainya tapi jangan sesekali gunakan sentimen agama dan kaum.

“Di sini saya menegaskan bahawa PH tidak membawa atau memainkan sentimen sebegini dalam kempen PRK yang mendatang,” katanya.

Mujahid juga menyangkal dakwaan kononnya kekalahan dalam PRK di Cameron Highlands sebagai amaran serta tekanan kepada kerajaan PH supaya menunaikan janji dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



“Kekalahan ini sebenarnya bukanlah isu tekanan dari rakyat, sebaliknya terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi keputusan PRK itu.

“Antaranya, isu calon, di mana dulu mereka meletakkan calon MIC dan kini meletakkan calon yang turut mempunyai kaitan dengan masyarakat Orang Asli selain memainkan isu perkauman dan agama, yang memberi kesan besar serta mempengaruhi keputusan PRK itu,” katanya.

Beliau berkata, keputusan PRK itu memberi isyarat kepada kerajaan PH supaya lebih peka dan bersedia dalam menghadapi dua lagi PRK akan datang.



PH Kalah Sebab Isu Perkauman - kata Mujahid. Adakah merujuk kepada kenyataan perkauman calon Pakatan Harapan? PH Kalah Sebab Isu Perkauman - kata Mujahid. Adakah merujuk kepada kenyataan perkauman calon Pakatan Harapan? Reviewed by Unknown on 6:49:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!