PETROL: Lim Guan Eng akan umum harga RON95 turun 20 sen hingga 27 sen - Oriental Daily


"Satu hari kerajaan kutip cukai petrol RM17.40 untuk setiap orang isi full tank. Kalau 10 juta orang? Dah RM174 juta. Itu baru sehari. Jika 10 hari? Dah RM1.74 billions!"





PETROL: Harga Petrol akan turun 20 sen hingga 27 sen - Oriental Daily. Harga bahan api RON95 mungkin turun antara 20 sen hingga 27 sen seliter, menurut laporan oleh akbar Cina, Oriental Daily.

Akhbar harian itu yang memetik sumber, melaporkan pengumuman itu dijangka dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketika ini, RON95 dijual pada harga RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.50 seliter dan diesel pula RM2.19 seliter.

Menurut laporan itu, keputusan berkenaan dicapai selepas "perbahasan hangat" semasa mesyuarat jemaah menteri.

Ia berkata harga baru itu juga akan menangani kebimbangan yang dikemukakan oleh Persatuan Peniaga Minyak Malaysia (PDAM).









Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan harga minyak baru akan diumumkan esok tetapi tidak mendedahkan harga berkenaan.

Katanya, keputusan mengenai harga bahan bakar tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat mingguan kabinet semalam.

“Seperti yang disebut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, harga petrol akan ditetapkan selepas mesyuarat dengan pihak berkepentingan selesai.





“Keputusannya sudah ada. Tunggu sahaja keputusan rasmi yang akan diumumkan selewat-lewatnya esok,” katanya.

Pada 24 Disember 2018, Lim mengumumkan bahawa harga petrol dan diesel akan ditentukan oleh sistem apungan mingguan bagi mencerminkan harga minyak mentah yang menurun.

SEBELUM INI : Selepas kena tempeleng dengan Najib, Guan Eng turunkan harga minyak.

Bagaimanapun, PDAM berkata peniaga petrol akan mengalami kerugian akibat langkah itu dan meminta peningkatan margin keuntungan yang dibenarkan oleh kerajaan.

Seterusnya, Lim mengumumkan penangguhan sistem harga baru sehingga kabinet menangani kebimbangan PDAM. Tarikh tutup ditetapkan sehingga esok. - MK



PETROL: Lim Guan Eng akan umum harga RON95 turun 20 sen hingga 27 sen - Oriental Daily PETROL: Lim Guan Eng akan umum harga RON95 turun 20 sen hingga 27 sen - Oriental Daily Reviewed by Pendekar Berkuda on 10:34:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!