Parti M. Kayveas, myPPP pula dibatalkan Pendaftaran oleh ROS

Pembatalan berkuat-kuasa serta merta bermula 14 Januari 2019



Hahahahahah. Apa nak jadi jadilah. Terpaksa terima hakikat bahawa myPPP dah di batalkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Kalaulah M. Kayveas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highland, pencalonan beliau mungkin turut di batalkan. Nasib baik beliau menarik diri.

Apa-apapun ayuh kita tunggu lagi episode menarik suasana politik dalam negara. Sekarang ini dah jadi makin celaru dah.

- Pendekar Berkuda -

Petikan Laporan Utusan Malaysia.





PUTRAJAYA 14 Jan. - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah mengeluarkan notis perintah pembatalan MyPPP berkuat kuasa hari ini.

Menurut sumber ROS yang mengesahkan perkara tersebut, notis perintah pembatalan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim.

"Ya, memang ROS ada keluarkan (notis pembatalan MyPPP) hari ini," kata sumber berkenaan ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Notis perintah itu adalah berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] Perintah Pembatalan [Seksyen 13(1)(c)(ix)].

Masyati Abang Ibrahim. Bekas Pegawai Khas Muhyiddin Yassin kini menjadi Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Antara isi kandungan notis tersebut ialah:

- Bahawasanya suatu kenyataan dikeluarkan pada 13 Disember 2018 oleh Pendaftar Pertubuhan dengan maksud hendak membatalkan pendaftaran pertubuhan yang tersebut di atas kecuali sebab-sebab yang cukup sebaliknya yang dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan.

- Dan bahawasanya Pendaftar Pertubuhan telah menimbangkan perkara ini dan juga rayuan yang dibuat kepadanya oleh pegawai-pegawai pertubuhan yang tersebut.

- Dan bahawasanya Pendaftar Pertubuhan berpendapat bahawa rayuan tersebut telah tidak menunjukkan sebab-sebab yang cukup disebaliknya.

- Maka oleh itu diperintahkan pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut adalah dibatalkan mulai dari tarikh perintah ini (14 Januari 2019).











Parti M. Kayveas, myPPP pula dibatalkan Pendaftaran oleh ROS Parti M. Kayveas, myPPP pula dibatalkan Pendaftaran oleh ROS Reviewed by Pendekar Berkuda on 7:16:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!