Pakatan Harapan Wajib Berjaga-jaga Dengan Kemarahan Rakyat Terutamanya Orang Melayu! - Netizen

Luahan seorang netizen di dalam facebook page bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak


Seorang Netizen telah meluahkan komentar dalam laman facebook bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang memberi amaran kepada kerajaan hari ini bahawa mereka bukannya berdepan dengan pembangkang level ikan bilis tetapi jerung putih.

Tetapi mereka berdepan dengan seorang individu yang di dalam koceknya tersimpan segala maklumat berkaitan tatacara pengurusan negara dan kerajaan.

------------------------

Satu dua minggu ni kelihatan ex-PM kita sangat aktif bersuara mengkritik pemerintahan kerajaan PH hingga para menteri tak senang duduk.

Dalam masa yang sama, ada suara pemimpin PH yang pandang rendah akan hal ini. Katanya DSN tak ada kredibiliti. Mungkin bagi mereka rakyat layan DSN dalam FB macam layan page Sultan Melaka kot.

Korang silap!



Rakyat tak layan DSN macam page troll Meran. Post yang DSN buat berkualiti, berfakta, juga berdasarkan pengalaman beliau yang berkecimpung dalam politik sejak berumur 23 tahun.

Sebagai ex-PM, juga ex-menteri kewangan, fakta, data, pengaruh dalam kementerian, dan selok belok pengurusan ekonomi negara berada dalam poket beliau.

Sekilas apa yang PH buat, beliau mungkin 80% dah tahu apa yang telah dan akan berlaku. Orang baru mungkin kaya dengan semangat, tetapi orang lama yang berpengalaman selalunya akan menang.



PH bukan berhadapan dengan pembangkang level bilis, tapi level white shark. Segala fakta dan data yang dikemukakan disambut oleh rakyat dengan baik, malah rakyat berharap DSN berperanan untuk jadi medium penerangan kepada rakyat akan isu kompleks yang sukar difahami rakyat bawahan.

Berjaga-jaga. Peranan padu DSN ni tak mustahil akan buatkan PH menjadi kerajaan sepenggal sahaja. Jaga-jaga dengan kemarahan rakyat terutama orang Melayu yang semakin membuak-buak.



Apa-apa pun, bagi saya ini satu perkembangan positif dalam politik negara kita. DSN tunjukkan contoh terbaik bagaimana parti yang kalah dalam pilihanraya perlu berperanan sebagai pembangkang yang berkesan.

Tak melampau saya katakan, ini jauh lebih baik daripada MP lompat yang tiada pendirian, hanya pentingkan survival politik dan mencari perlindungan. - Mohd Mustaffa 


Pakatan Harapan Wajib Berjaga-jaga Dengan Kemarahan Rakyat Terutamanya Orang Melayu! - Netizen Pakatan Harapan Wajib Berjaga-jaga Dengan Kemarahan Rakyat Terutamanya Orang Melayu! - Netizen Reviewed by Unknown on 11:02:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!