NSTP & Berita Harian Buat Laporan Polis Terhadap Pendekar Berkuda

Berita Harian melalui ibu pejabatnya, NSTP telah bertindak membuat laporan polis terhadap nama blog ini dengan hanya berdasarkan satu cetakan layar bahagian atas artikel yang berbunyi, "Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy Akhirnya Letak Jawatan..."




Inilah Jenis Manusia Baca Tajuk Tak Baca Isi.

Entri blog "Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy Akhirnya Letak Jawatan..." dalam blog pblegacy.org (artikel telah di turunkan) mendapat perhatian ramai termasuklah penafian oleh Berita Harian bahawa mereka tiada kaitan dengan artikel tersebut. Dan memang sejak dari awal pun mereka tiada kaitan.

Laporan Polis yang mereka buat juga merupakan satu laporan penafian untuk menjelaskan keadaan bahawa mereka tak ada kaitan sama sekali.

Betul. Memang mereka tiada kaitan. Berapa kali saya nak bilang? Berita Harian yang saya petik dalam ayat pertama berhuruf besar itu hanyalah sebagai intipati yang ingin saya sampaikan. Tiada kaitan langsung dengan mana-mana pihak. Atau laporan mana-mana akhbar. Hanya sebab saya letak di situ Berita Harian tidaklah bermakna ianya merujuk kepada Berita Harian anak syarikat NSTP.

Sebagai seorang blogger, saya tidak terikat dengan etika kewartawanan mahupun media. Apa yang saya tulis adalah mengikut apa yang saya mahu sampaikan. Jadi untuk itu, bacaan menyeluruh adalah perlu. Bukan baca sekerat-sekerat dan hanya bergantung kepada satu cetakan layar tak sampai 20% daripada panjang artikel tersebut.

Anda boleh lihat sendiri cetakan layar yang telah di ambil oleh mereka sebagai menyokong laporan polis tersebut. Hanya kerana ada perkataan Berita Harian, maka mereka pun menyangka bahawa ianya ditujukan kepada mereka.

Gambar Kredit : Berita Harian 
Isu ini hanya anda akan faham bilamana anda baca isi kandungan artikel tersebut. Tapi nampaknya lebih ramai yang lebih memilih untuk pendek akal dan ramai juga yang suka ambil jalan singkat. Baca tajuk tak baca isi. Sebab sikap seperti inilah fitnah sering bertebaran.

Dalam artikel tersebut, saya telah menulis di bawah gambar yang di cetak layar itu dengan perkataan panjang lebar lebih 10 perenggan yang sebahagiannya di paparkan di sini :


Artikel yang saya naikkan tersebut adalah bukti menunjukkan bahawa masih ramai kalangan rakyat Malaysia yang menilai sesuatu berita hanya berdasarkan tajuk. Dan bukan isi artikel yang di paparkan. Jarang yang baca artikel sehingga habis.

Rakyat malaysia itu termasuklah pihak NSTP dan Berita Harian sendiri yang tidak berusaha untuk mencari maklumat sebaliknya hanya bertindak berdasarkan satu cetakan layar yang di ambil sekerat bukannya secara keseluruhan.

Sikap ini sering di amalkan oleh rakyat malaysia termasuklah dalam insitusi media itu sendiri. Amatlah malang sekali apabila pihak media sendiri yang sepatutnya mengumpul maklumat ytang sahih dan benar membuat laporan polis berdasarkan sebuah cetakan layar sekerat dan bukan seluruh artikel tersebut.

Blog Peribadi Bukan Portal Online.

Perkara ini berlaku kerana artikel itu di post di dalam sebuah blog bersifat peribadi. Bukannya di dalam laporan portal berita online atau dalam sebuah status facebook. Jika di buat di dalam satu status facebook otak mereka mungkin function. Kerana perlu baca sampai habis. Tekan See more segala bagai. Yang ini tak perlu pun tekan See more. Hanya perlu scroll down saja.

Itu pendapat sayalah. Anda boleh lihat contohnya di bawah ini bagi post di facebook.


Kerana kami sering melakukannya di facebook. Orang pasti akan baca isi dia. Bezanya adalah ini dalam blog. Bukan Facebook ataupun yang lain.

Sebagai sebuah media mainstream, saya melihat BH sepatutnya bertindak lebih ke hadapan dan bukannya hanya bergantung kepada satu cetakan layar sebagai bukti. Saya pun boleh buat cetakan layar tapi tak akan sama dengan format laporan BH.

Entri blog dan laporan berita adalah dua entiti yang berlainan. Kalangan blogger tegar professional pasti mengetahui hakikat mengenainya. Kami tak buat laporan seperti wartawan.

Apabila ada yang salah faham kerana hanya baca tajuk tak baca isi, secara automatik ianya bukanlah salah kami sebagai blogger.

Blog adalah cetusan pendapat peribadi. Bukan media. Semua pihak harus belajar membezakan antara blog dan portal online. Sama macam mana anda bezakan antara laman web Facebook dengan laman web Berita Harian Online.

Jauh panggang dari api beza dia.

Salam Perjuangan.

- Pendekar Berkuda -

P/s :
Saya bersedia berkerjasama dengan pihak polis untuk membantu siasatan. .

P/s : Saya menafikan bahawa cetakan layar tersebut adalah disebarkan dan di tularkan oleh saya. Ia adalah perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab yang laparkan perhatian orang ramai.
NSTP & Berita Harian Buat Laporan Polis Terhadap Pendekar Berkuda NSTP & Berita Harian Buat Laporan Polis Terhadap Pendekar Berkuda Reviewed by Pendekar Berkuda on 11:39:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!