MRT Rugi Teruk Sebab Pencuri Kabel Sejak 2016.

Kecurian kabel ini berlaku sejak MRT dalam pembinaan lagi.


RAPID Rail Sdn. Bhd. mengalami kerugian lebih RM6 juta susulan kes kecurian kabel sejak Transit Aliran Massa (MRT) mula beroperasi 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairani Mohamad berkata malah kes kecurian itu berlaku semasa MRT dalam tempoh pembinaan lagi.

Sehubungan itu, pihaknya akan meningkatkan kawalan tahap keselamatan di sepanjang 51 kilometer jajaran laluan Sungai Buloh-Kajang bagi mencegah gejala tersebut.



Beliau berkata pihaknya antara lain akan memasang pagar penghadang dan penutup kabel pada tiang jejambat bagi mengelakkan kecurian kabel.

“Tahun lepas sahaja terdapat lapan kes dilaporkan berhubung kes kecurian kabel MRT,” katanya dalam sidang media di depot MRT Sungai Buloh, hari ini.

Khairani juga memaklumkan, bahawa rakan cop MRT akan ditubuhkan bagi membolehkan masyarakat turut membantu dalam hal tersebut.

Semalam, seorang lelaki ditahan kerana disyaki cuba mencuri kabel di satu lokasi antara stesen Pusat Bandar Damansara serta Phileo Damansara dan perbuatan itu mengakibatkan perkhidmatan MRT terhenti buat seketika. – BERNAMA


MRT Rugi Teruk Sebab Pencuri Kabel Sejak 2016. MRT Rugi Teruk Sebab Pencuri Kabel Sejak 2016. Reviewed by Unknown on 2:56:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!