Memang Perangai Melayu. Sesal Hanya Dalam Hati. Sekarang Tanggunglah Sendiri! - Datuk Huan Cheng Guan

Betul kata orang tua-tua, sudah terhantuk baru terngadah. Bila berjalan tak lihat kiri kanan. Main sondol macam babi.


Memang dah jadi sifat semula jadi ramai orang melayu.

Sesal hanya di dalam hati, nama nak mengaku salah tidak sama sekali.

Itulah perasaan yang sedang melanda 25% orang melayu yang mengundi PH baru2 ini terutama anak2 muda.

Mereka tidak menjangkakan mereka bakal di tipu dengan janji2 Pilihanraya.



1) Mereka yakin minyak akan jadi RM1.50/liter tetapi habuk pun tak ada.

2) Mereka yang duduk di felda tidak jangka bantuan kepada peneroka yang dijanjikan termasuk hapus hutang tidak ditunaikan dan hanya dapat bonus ciput tidak seperti era DS Najib. Ibubapa mereka gugur airmata kerana disebabkan oleh anak2, mereka yang terhukum.



3) Mereka yakin Tol akan di hapuskan. tetapi mungkin naik lagi kalau tak kena gaya.

4) Mereka yang ada hutang PTPTN yakin mereka akan dilepaskan dari membayar hutang dan semuanya dapat free.

5) Mereka percaya tanpa GST barang akan turun harga walaupun dah jelas GST yang dilaksanakan lebih 3 tahun lalu tanpa naik tetapi barang tetap naik harga. sekarang makin melambong2 harganya walau tanpa GST.



6) Mereka ingat BR1M akan kekal rupanya makin turun dan ramai yg sudah tidak lagi menerimanya. masa dapat BR1M dulu mereka terima sambil kutuk DSNajib sekarang jumlah 7juta penerima hanya tinggal 2juta sahaja.. akibat tidak pandai bersyukur.

8) Nelayan dan petani yang gah mengibar bendera PH sekarang baru sedar segala bantuan kepada mereka di kaji semula dan mungkin akan dikurangkan atau ditiadakan.



9) Kakitangan awam yang secara terbuka menentang BN sekarang baru sedar ada yang hilang kerja dan kenaikan gaji yg BN janji semuanya belum pasti dapat bahkan bakal dikurangkan.

10) Polis dan Tentera yang terang2 undi PH baru2 ini baru sedar kebajikan mereka yg dijanjikan oleh BN belum pasti mereka akan menikmatinya.

11) Mereka yakin dengan tukar Kerajaan BN ke PH melayu tetap berkuasa tetapi sekarang mereka mulai sedar dan merasakan yg jadi PM adalah TunM tetapi yang menentukan hala tujunya adalah DAP.



12) Mereka percaya tuduhan dan fitnah terhadap DSNajib tetapi selepas PH menang, TunM kata isu 1MDB dan isu derma 2.6B tiada bukti untuk didakwa maka mereka melopong tanpa rasa bersalah.

13) Kini Mereka mula sedar DAP yang untung, melayu mula terpinggir, Raja2 melayu sudah tidak di hormati, Islam makin terancam, hak melayu makin hilang tetapi mereka pura2 puashati. apa pun tanggong lah 5 tahun ini.



Ingatan telah kami berikan, penjelasan telah kami sampaikan tetapi anda tetap hendak cuba menukarnya.

Sekarang anda tanggong lah sendiri. - Datuk Huan Penang

# Datuk Huan Cheng Guan adalah Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM)




Memang Perangai Melayu. Sesal Hanya Dalam Hati. Sekarang Tanggunglah Sendiri! - Datuk Huan Cheng Guan Memang Perangai Melayu. Sesal Hanya Dalam Hati. Sekarang Tanggunglah Sendiri! - Datuk Huan Cheng Guan Reviewed by Pendekar Berkuda on 12:15:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!