McDonald Wajib Menjawab Tuduhan Melanggar Akta Francais 1998!

McDonald di tuduh melanggar Akta Francais 1998 yang menindas Francaisi dengan bermacam-macam syarat dan perjanjian yang tidak jelas.


Di bawah ini adalah tuduhan yang telah di kemukakan melalui laman blog Yuseri Yusof. Tuduhan ini sangat berat dan menunjukkan betapa McDonald telah menindas mereka yang menjadi francaisi perniagaannya.

Penafian : Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan undang-undang. Pertuduhan ini adalah berat. Penindasan dan kezaliman para kapitalis wajib di banteras.

Dipetik dari Blog Yuseri Yusof :






MEMBONGKAR SISI GELAP @MCDONALDS MALAYSIA - PART 1

Sebaik sahaja saya menerima fail gelap McDonalds Malaysia (McD Malaysia), saya mengambil masa seminggu bagi menyelidik aduan tersebut bagi memastikan sejauh mana kebenarannya.

Kemudian saya mendapatkan beberapa pihak yang menjadi mangsa kepada McD Malaysia iaitu pemilik francais atau disebut sebagai Francaisi.

Sebelum itu ingin saya tekankan, ini bukan kempen untuk memboikot McDonalds.

Pendedahan ini juga bukan berniat untuk memburukkan reputasi McD Malaysia yang memang sudah sedia buruk bagi saya.

Sisi gelap McD Malaysia harus sampai kepada masyarakat kerana ia membabitkan penindasan, penganiayaan, perkauman dan penipuan yang berlaku diamalkan oleh McD Malaysia.

Kepada yang malas membaca, jangan khuatir - saya turut hasilkan video dan boleh tonton di bawah artikel ini.






Sekiranya anda pernah terfikir atau berangan untuk memiliki sebuah outlet McDonalds saya nasihatkan tangguh atau lebih baik batalkan sahaja hasrat itu. Memiliki sebuah outlet McD tidak seindah seperti yang dilihat dari luar outlet mereka.

Ramai Francaisi kini sedang ditindas, ditekan dan outlet bakal ditamatkan pada bila-bila masa atas pelbagai alasan yang sengaja dicipta oleh McD Malaysia.

Bercakap tentang Francaisi McD Malaysia, sudah pasti ia melibatkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama kerana Francaisi McD terdiri daripada usahawan Melayu, India dan ada Cina.

Malah kebanyakkan daripada mereka telah saya temui dan sekiranya pendedahan ini membuatkan mereka berdepan dengan lebih tekanan daripada pihak McD Malaysia. Anggaplah itu adalah harga yang perlu dibayar dalam proses untuk menuntut keadilan dan mendedahkan kebenaran.

Sebelum itu kita recap sedikit mengenai McDonalds Malaysia.

McDonalds Malaysia asalnya dimiliki oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd. Namun selepas berdepan isu boikot besar-besaran ekoran timbul dakwaan McD menyumbang dana kepada zionis dalam konflik di Gaza, Golden Aches Restaurants telah ditukar nama kepada Gerbang Alaf Restaurant Sdn. Bhd (65351-M).

Ya, guna nama Malaysia barulah tidak nampak seperti yahudi zionis walaupun perangai mengalahkan zionis!

Rakyat Malaysia pasti tidak lupa empat tahun yang lalu, kita pernah boikot McD secara besar-besaran ada outlet dirosakkan sehingga cermin kereta yang mempunyai sticker McD pun turut dipecahkan.


Baca Artikel Sepenuhnya : Membongkar Sisi Gelap McDonald Malaysia.

Video Bagaimana McDonald Di Tuduh Menzalimi Pengusaha Francaisi.



Mohon pihak berkuasa siasat perbuatan McDonald Malaysia ini segera! Tindakan keras perlu di ambil berdasarkan akta dan undang-undang sedia ada.

Kita tak mahu ada kapitalis kaya mengambil kesempatan menzalimi rakyat di dalam negara ini. Ini negara bukan bapak kau yang punya!

- Pendekar Berkuda -



McDonald Wajib Menjawab Tuduhan Melanggar Akta Francais 1998! McDonald Wajib Menjawab Tuduhan Melanggar Akta Francais 1998! Reviewed by Pendekar Berkuda on 9:14:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!