"Maszlee oh Maszlee. Baliklah dari Indonesia." - pinta Najib

Najib Razak meminta Menteri Pendidikan itu kembali semula ke Malaysia untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.


Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat permintaan di dalam halaman Facebook beliau supaya Menteri Pendidikan yang sedang berada di Indonesia, Maszlee Malik, kembali ke Malaysia untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Di bawah ini adalah catatan yang di petik dari status facebook beliau.

================================

"Hapuskan UMNO, hapuskan PTPTN!"

Saya ingat lagi laungan mereka. Kini semua hilangkan diri.

Tinggal Simpang Renggam belum tapi tak lama lagi.

Beberapa minggu ini tiba-tiba ada yang tinggalkan komen penghargaan di Twitter dan Facebook saya.

Dapat diskaun 20 peratus untuk penyelesaian PTPTN.

Masa kami buat dasar dulu, kami tahu ada juga anak-anak kita tidak mampu buat penyelesaian sekaligus melalui simpanan atau KWSP.

Mereka memilih untuk buat bayaran secara ansuran.

Sebab itulah juga saya ambil pendekatan adil dan prihatin, tetap mahu bantu mereka yang susah dengan diskaun bagi pembayaran bulanan juga.

Kini kesemuanya tiada lagi. Tinggal sejarah.

Maszlee oh Maszlee. Baliklah dari Indonesia. - Najib Razak





===================================






Kasihan betul kepada peminjam PTPTN. Ingatkan dapat PTPTN FREE. Tapi rupa-rupanya semakin kena siksa dengan kerajaan baru. Bukan di bantu malah kini di tekan.

Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan yang dulu mereka berjuang untuk membantu rakyat, mereka perlu melakukan apa sahaja cara untuk mengurangkan beban rakyat dan bukan sebaliknya menambah beban di bahu mereka.

Apalah guna negara maju dan kaya raya sekiranya hidup rakyat terbeban lebih teruk?

Ketika di bawah kerajaan sebelum ini, setiap keluhan rakyat pasti di layan dan kerajaan berusaha untuk bantu kurangkan beban mereka sedaya upaya di sebalik peningkatan sara hidup.

Kini bukan sahaja sara hidup semakin meningkat, beban juga semakin bertambah.

Apapun, inilah ujian dari ALLAH. Kita kena redha dan sabar. Mungkin inilah balasan kerana ramai daripada kita ketika waktu dahulu tidak bersyukur dan bertakwa apabila di berikan rezeki yang melimpah ruah.

Akhir kalam. Salam Perjuangan.

- Pendekar Berkuda -




"Maszlee oh Maszlee. Baliklah dari Indonesia." - pinta Najib "Maszlee oh Maszlee. Baliklah dari Indonesia." - pinta Najib Reviewed by Pendekar Berkuda on 10:20:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!