Malaysia Di Singkirkan Sebagai Penganjur Kejohanan Renang Paralimpik Dunia 2019 Kerana Atlet Israel.

Keputusan itu di buat oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa ekoran keengganan kerajaan membenarkan kehadiran atlet Israel di dalam kejohanan tersebut.


Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dalam satu kenyataan memaklumkan telah menarik balik hak Malaysia selaku tuan rumah untuk menganjurkan Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya diadakan pada 29 Julai sehingga 4 Ogos ini, di Kuching.

Keputusan ini sudah dijangka susulan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini yang tidak membenarkan atlet daripada Israel daripada memasuki Malaysia dan menyertai kejohanan tersebut.



IPC dalam kenyataan yang sama juga menjelaskan bahawa kata putus itu dicapai dalam mesyuarat lembaga pentadbiran IPC yang diadakan di London.

Mensyuarat itu dibuat selepas IPC mendakwa Kementerian Luar gagal memberi jaminan bahawa atlet Israel akan diberi perlindungan, tidak didiskriminasikan serta mendapat peluang untuk bertanding. Ini termasuklah kebenaran untuk mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu kebangsaan negara itu.



"Kejohanan Dunia perlu memberi peluang kepada semua atlet yang layak dan melindungi mereka daripada diskriminasi. Apabila sesebuah negara menafikan hak atlet daripada negara tertentu, atas alasan politik, jadi kami perlu mencari alternatif lain dan tuan rumah baru.

"Pada September 2017, apabila kami menandatangani persetujuan dengan Konsul Paralimpik Malaysia (NPC) sebagai tuan rumah, kami telah dijanjikan bahawa semua atlet boleh bertanding tanpa sekatan dan kejohanan tersebut akan bebas daripada diskriminasi,’‘ kata Andrew Parsons, wakil IPC.



Parsons juga mendakwa selepas perjanjian itu ditandantangani, telah berlaku perubahan dalam landskap politik Malaysia serta mendapat kerjaan baru dengan idea yang tersendiri.

Justeru Parson menyuarakan kekecewaannya terhadap keputusan kerajaan dan bertegas bahawa hal politik tidak boleh dicampur-adukkan dengan aktiviti kesukanan.



Terdahulu, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan bahawa negara ini tidak akan menganjurkan mana-mana acara peringkat dunia yang melibatkan penyertaan daripada wakil Israel di masa depan.



Malaysia Di Singkirkan Sebagai Penganjur Kejohanan Renang Paralimpik Dunia 2019 Kerana Atlet Israel. Malaysia Di Singkirkan Sebagai Penganjur Kejohanan Renang Paralimpik Dunia 2019 Kerana Atlet Israel. Reviewed by Pendekar Berkuda on 1:37:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!