Lokman Noor Adam di tahan kerana video "Kerajaan PH Cuba Lindungi Pembunuh Muhammad Adib."

“Lokman telah diarahkan bermalam di lokap IPD Dang Wangi dan berkemungkinan akan dibebaskan esok (pagi ini) pada pukul 9 pagi.”



Utusan Online melaporkan bahawa Dato' Lokman Noor Adam di tahan di bawah Akta Hasutan berkaitan sebuah video facebook bertajuk "Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib."

===================




KUALA LUMPUR 11 Jan. - Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam dilaporkan ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini kira-kira pukul 10 malam tadi.

Setiausaha Pemantau Malaysia Baru, Lisa Yahaya berkata, sebelum ditahan, Lokman diminta hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira pukul 2 petang untuk memberi keterangan berhubung satu video bertajuk ‘Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib’.

“Selepas selesai beri keterangan, Lokman diberitahu dia perlu ditahan di bawah Seksyan 4(1) Akta Hasutan sebelum di bawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira pukul 10 malam.

“Lokman telah diarahkan bermalam di lokap IPD Dang Wangi dan berkemungkinan akan dibebaskan esok (pagi ini) pada pukul 9 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

==============





ULASAN : 
========

Saya masih belum tonton lagi video tersebut jadi saya tak boleh komen apa-apa mengenai kandungan video tersebut atau apa yang di ucapkan oleh Dato' Lokman. Bagi saya itu pendapat peribadi beliau dan luahan perasaan beliau apabila melihat masih belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa berkaitan pembunuhan Muhammad Adib.

Malahan, pejabat peguam negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyebut bahawa mereka telah memberikan kuasa untuk melakukan pendakwaan di mahkamah terhadap pembunuh allahyarham Muhammad Adib.

Sekarang ini suasana semakin tegang di antara kaum. Baik kaum pendatang mahupun penduduk asal di mana semakin banyak pelampau mula menunjukkan wajah mereka yang sebenar.

Situasi seperti ini boleh menjejaskan keamanan negara sekiranya tidak di bendung dengan betul. Malahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga perpaduan negara senyap membisu ketika ini.

Takkan kita nak harapkan polis sahaja yang buat kerja? Sikit-sikit polis. Sikit-sikit polis. Ingatlah polis juga manusia. Mereka hanya menjalankan tugas penguatkuasaan Undang-Undang.

Ya memang betul tak semua polis baik dan juga tak semua polis itu jahat.

Semoga Dato' Lokman tidaklah di zalimi ketika berada dalam tahanan.

Salam Perjuangan!

- Pendekar Berkuda -





.

P/s : Perjuangan saya tidak di bayar oleh sesiapa. Apa yang saya luahkan di sini adalah intipati perjuangan saya sebagai rasa terima kasih kepada negara ini sebagai rakyat yang cintakan negaranya, agamanya, bangsanya dan rakyat-rakyatnya. Kita tak perlukan golongan pelampau yang biadab dan kurang ajar dalam negara ini. Seperti mana kita tak perlukan penipu sebagai pemimpin negara.

Lokman Noor Adam di tahan kerana video "Kerajaan PH Cuba Lindungi Pembunuh Muhammad Adib." Lokman Noor Adam di tahan kerana video "Kerajaan PH Cuba Lindungi Pembunuh Muhammad Adib." Reviewed by Pendekar Berkuda on 5:56:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!