Lim Guan Eng Sekali Lagi Menuduh 1MDB Yang Kos Tak Sampai RM50 billions Sebagai Penyebab Ekonomi Negara Teruk. Rakyat Di Minta Bersabar.

Hutang Negara sejak Pakatan Harapan jadi kerajaan dah meningkat lebih RM80 billions siapa nak jawab?


Rakyat Malaysia digesa supaya bersabar sementara kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) berusaha memulihkan kembali kedudukan fiskal negara, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.



Lim berkata ia akan mengambil masa tiga tahun untuk memulihkan kedudukan fiskal Malaysia berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan kembali ke landasan untuk bangkit dalam ekonomi sebagai “Harimau Asia”.

“Apabila kedudukan fiskal negara telah dipulihkan, kita akan perlahan-lahan maju sedikit demi sedikit, dan kita berharap rakyat dapat bersabar,” katanya ketika berucap di hadapan penganut Hindu sempena perayaan Thaipusam di Kuil Penang Waterfall Hilltop, di sini, malam tadi.



Beliau berkata bukan mudah untuk kembali bangkit selepas negara kehilangan berbilion ringgit, namun kerajaan PH akan berusaha dengan “setiap degupan jantung kita untuk menunaikan janji-janji yang dibuat kepada rakyat Malaysia”.

Terdahulu, Lim menghadiri upacara keagamaan khas di Kuil Sri Meenakshi dan Kuil Nattukotai Chettiar di Pulau Pinang, bersempena perayaan Thaipusam.



Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P. Ramasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kerangkuman Gender dan Agama Selain Islam negeri, Chong Eng dan Anggota Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai. ― Bernama


Lim Guan Eng Sekali Lagi Menuduh 1MDB Yang Kos Tak Sampai RM50 billions Sebagai Penyebab Ekonomi Negara Teruk. Rakyat Di Minta Bersabar. Lim Guan Eng Sekali Lagi Menuduh 1MDB Yang Kos Tak Sampai RM50 billions Sebagai Penyebab Ekonomi Negara Teruk. Rakyat Di Minta Bersabar. Reviewed by Unknown on 4:30:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!