Lelaki Keturunan India Di Cari Kes Tetak Mati Bekas Calon AJK AMK Shah Alam/Klang - Polis

Suspeks disyaki terlibat dalam kes tetak sampai mati bekas calon AJK AMK Shah Alam/Klang, yang juga seorang lelaki keturunan India.


SHAH ALAM 9 Jan. - Seorang saksi yang dicari dalam kes pembunuhan bekas calon Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mati ditetak sekumpulan lelaki menggunakan parang kelmarin kini ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber polis memberitahu, M. D. Ozziram atau dikenali sebagai Ozi, 25, yang alamat terakhir di Taman Karupiah, Padang Jawa, Klang, ditahan petang semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama peguamnya.




“Berdasarkan semakan, Ozi merupakan seorang penganggur dan permohonan perintah reman akan dilakukan terhadap individu terbabit,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kelmarin, M. Thiyahu, 30, maut selepas ditetak di muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua belah kakinya dengan parang di tingkat bawah Flat PKNS, Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini.

Berikutan itu, semalam, empat individu termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 25 tahun ditahan dan dibenarkan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE




DETAIL SUSPEKS



Nama Suspek : OZZIRAM A/L M. DEVAN
Gelaran : Ozi
KP : 941107-14-6603
Alamat terakhir : Taman Karupiah, Padang Jawa, Klang, Selangor.

Sila salurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes : ASP K. Vignesh Kumar di talian 03-55202222.

**Ditetak berkali kali sehingga maut**

Itu nasib bekas calon AMK Shah Alam yang juga operator kilang yang dipercayai dibunuh 3 lelaki bersenjatakan parang.

Kejadian berlaku dekat Flat PKNS Seksyen 7 Shah Alam.




MENARIK :


Lelaki Keturunan India Di Cari Kes Tetak Mati Bekas Calon AJK AMK Shah Alam/Klang - Polis Lelaki Keturunan India Di Cari Kes Tetak Mati Bekas Calon AJK AMK Shah Alam/Klang - Polis Reviewed by Pendekar Berkuda on 10:07:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!