Lelaki India Ini Menempelak Umat Islam Kerana Persoalkan Pembinaan Kuil Haram Di Skudai

"Solat Jumaat orang duk sembahyang kat masjid, ada yang duk rogol anak sendiri kat rumah."

Seorang lelaki keturunan India di telah menempelak umat Islam kerana mempersoalkan pembinaan kuil haram di hadapan rumah milik seorang penduduk di Taman Tunku Aminah, Skudai, Johor.

Mengikut catatan di facebook yang telah di cetak layar oleh netizen memaparkan lelaki India tersebut, Suresh DjResh telah memuat naik status berkenaan bersama paparan laman facebook Isu Semasa Kerajaan Baru - PH.

Suresh telah berkongsi post tersebut dengan menulis status.




"Apa gunanya masjid di bina duit kerajaan tapi kosong. Solat jumaat orang duk sembahyang kat masjid, ada yang duk rogol anak sendiri kat rumah. Puiii.. " - luahnya.

"Kuil di bina pakai duit sendiri. Bukan duit bapak-bapak ibu-ibu melayu, Kalau tak puas hati tu pergilah report polis. Jangan nak jadi hero keyboard warrior. Pakai face account lagi. Tak ada telur ke??" - tulisnya lagi.






Hasil carian facebook, akaun facebook beliau telah dinyah-aktifkan. Setakat artikel ini ditulis, nama beliau telah di cari oleh ramai orang yang tidak berpuas hati dengan pernyataannya. - PBLEGACY


Pendapat PB.

Apa yang dinyatakan oleh Suresh adalah manifestasi perasaannya. Dia bercakap dalam kapasiti beliau sebagai seorang yang beragama Hindu. Benar. Dalam perkataan dia, dia sedikit emosi dan terikut-ikut. Bagi aku dia juga memberikan pernyataan yang benar. Jika tak puas hati buat report. Jangan jadi keyboard warrior. Itu baru betul.

Dalam zaman sekarang, sedikit gurisan kepada isu-isu sensitif boleh mencetuskan kemarahan khalayak. Anda perlu menjadi seorang yang rasional dan tenang dalam menilai. Apa-apapun anda yang mengawal diri anda sendiri. Nilaikan baik-baik ya.





Lelaki India Ini Menempelak Umat Islam Kerana Persoalkan Pembinaan Kuil Haram Di Skudai Lelaki India Ini Menempelak Umat Islam Kerana Persoalkan Pembinaan Kuil Haram Di Skudai Reviewed by Pendekar Berkuda on 11:07:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!