Kenapa Orang Melayu Gagal Dalam Membantu Ekonomi Orang Melayu Sendiri? Pandangan Penulis Ini Memang Patut Di Ambil Iktibar.

Orang Melayu sepatutnya boleh membantu perniagaan orang Melayu sendiri. Tetapi mengapakah tidak berjaya dari dulu?

Suasana di Pekan Sehari Temerloh setiap pagi Ahad. Di sini kuasa pembeli utama adalah orang orang Melayu Islam. Lihat siapa yang berniaga di situ. | Kredit gambar : Google

Saya terpanggil untuk berkongsi mengenai pendapat seorang penulis yang menulis di dalam sebuah group komuniti facebook daerah Temerloh. Penulisan beliau mengambil kira situasi sebenar yang berlaku di daerah Temerloh. Satu penulisan yang jujur dan bersifat pemerhati bebas. Saya sarankan anda membacanya kerana ia benar-benar membuka minda.

Saya kongsikan di sini penulisan beliau. Saya olah sedikit tatabahasa dan tanda baca supaya mudah di baca dan di hadam oleh anda.





PDM adalah pasaraya yang di miliki oleh Majlis Ugama Islam Pahang.
==========================================

Penulis : Norazman Abd Majid (Raz GerbangKayangan)

Adakah kuasa membeli orang Melayu yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan itu,
walaupun datangnya sesuatu perniagaan itu dari kaum lain?

Kalau diikutkan beberapa fakta, kita boleh mengakui hakikatnya memang akan terbukti pernyataan di atas ada kebenarannya.

Kerana apa?

Kerana majoriti orang Melayu sendiri dari segi angka pun sudah melebihi populasi kaum-kaum lain dalam Malaysia.

Tidak hairan lah kuasa membeli orang Melayu akan menentukan kejayaan dan kerugian sesuatu perniagaan itu.

Contoh yang paling dekat, lihat saja Star Mall Mentakab, bandar baru yang dibuat dengan begitu gah dengan deretan banyak bangunan kedai selain bangunan Star Mall itu sendiri yang kelihatannya akan berjaya kalau dilihat dari segi perancancangan bangunannya.

Tapi kini ibarat satu lagi Projek Mega yang gagal. Beratus lot kedai kosong. Malah dalam bangunan Star Mall sendiri banyak lot yang kosong. Hanya hidup para Sabtu & Ahad saja.

Sebab di situ ada panggung wayang dan bowling yang nak save budget (lampu tempat pin yg ditutup). Memang kena aim betul lah kalau nak cari strike! Haha.






Kenapa Projek Mega yang gah ini gagal?

Ini kerana kawasan nya dibina bukan di lokasi majoriti penduduknya berbangsa Melayu! Sedangkan hakikatnya majoriti penduduk sekitar kawasan itu sendiri pun berbelanja di Pasaraya TF untuk membeli barangan keperluan dan bukannya Pasaraya Pasific dalam Star Mall kerana perbezaan harga yang ketara. Kalau lah Star Mall ini dibina dikawasan Temerloh, dah tentu nasibnya akan berbeza.

Fakta diatas boleh lah dikatakan bahawa memang benar kuasa membeli orang Melayu lah yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan itu.


Orang Melayu sepatutnya boleh membantu perniagaan orang Melayu sendiri. Tetapi mengapakah tidak berjaya dari dulu?

Ini kerana orang Melayu tidak sepakat daan bersatu dalam menyokong produk, perniagaan orang Islam sendiri! Tidak seperti bangsa lain yang keseluruhannya akan menyokong perniagaan bangsa mereka sendiri.

Salah satu faktor lagi, adalah kesilapan peniaga Melayu Islam sendiri yang tidak sabar untuk meraih keuntungan dengan cepat, dengan meletakkan harga yang terlalu tinggi untuk meraih keuntungan segera.





Lagi satu masalah utamanya ialah dari segi servis perhidmatan yang kurang baik, sama ada cara penyampaian ataupun kualiti perhidmatan.

Contohnya kalau kita singgah makan di gerai, restoran yang ramai pelanggan. Ada sesetengahnya, kita terpaksa menunggu lama untuk dapat pesanan siap sampai ke meja. Kadangkala nak tunggu datang ambil order pun ambil masa yang lama.

Kenapa hal seperti ini tidak berlaku di kedai mamak? Duduk je, terus datang tanya pesanan, order pun cepat siap sampai meja.

Ini kerana mereka mengutamakan perhidmatan yang cekap dah baik! Tidak kedekut modal untuk menambah staff bagi melancarkan perniagaan mereka. Walaupun sekarang ada beberapa isu di kedai mamak. Tapi kita sudah lihat ini sejak lama dulu.

Dari kesimpulannya, orang Melayu Islam boleh menguasai kuasa dan kekuatan ekonomi jika kuasa membeli orang Melayu digunakan sepenuhnya untuk memberi sokongan pada perniagaan orang Melayu serta para peniaga Melayu Islam bertindak membaiki perhidmatan dan cara perniagaan dengan konsep yang betul. In shaa Allah.

MOH SOKONG PERNIAGAAN ORANG KITA!

*Penulisan penulis diatas adalah bersifat pandangan peribadi tiada kena mengena rasis, perkauman dan sebagainya tetapi lebih sebagai terpanggil untuk melihat kejayaan perniagaan orang Melayu islam.





=============================

ULASAN PB

Pendapat di atas ada benarnya. Sebenarnya itulah yang sering berlaku di kalangan orang Melayu dan kaum muslimin yang tidak sepakat dan bersatu dalam membantu kaum mereka sendiri. Begitu jugalah sikap peniaga kaum muslimin juga seperti yang di sebutkan dalam penulisan di atas.

Saya telahpun memberikan pendapat saya. Anda juga boleh memberikan pandangan dan pendapat anda. Namun di akhirnya selepas ini sama-samalah kita menyokong produk dan perniagaan kaum Muslimin ya.

Salam Perjuangan!

- Pendekar Berkuda -





Kenapa Orang Melayu Gagal Dalam Membantu Ekonomi Orang Melayu Sendiri? Pandangan Penulis Ini Memang Patut Di Ambil Iktibar.  Kenapa Orang Melayu Gagal Dalam Membantu Ekonomi Orang Melayu Sendiri? Pandangan Penulis Ini Memang Patut Di Ambil Iktibar. Reviewed by Pendekar Berkuda on 12:59:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!