Isu Tutup Pejabat MARA Daerah : MARA Mengaku Sedang Dalam Kajian.

"Kajian di laksanakan untuk menutup Pejabat MARA Daerah sebagai sebahagian daripada Pelan Rasionalisasi MARA" - MARA


Sebelum ini, blog ini telah menyiarkan artikel mengenai ura-ura penutupan 10 Pejabat Mara Daerah di tujuh buah negeri pada bulan Jun 2019. Berita itu telah di siarkan oleh Utusan Malaysia yang mana menerbitkan desakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Armand Azha meminta penjelasan daripada pihak MARA dan kerajaan mengenai berita ini.

Mara telah memberikan penjelasan menafikan perkara tersebut. Namun mereka juga memberikan jawapan bahawa ianya adalah satu kajian dalam pelan rasionalisasi MARA untuk menutup dan menguburkan Pejabat MARA Daerah.

Jadi apa gunanya MARA membuat penafian jika sekiranya benar mereka telah melakukan pelan rasionalisasi yang melibatkan penutupan Pejabat Mara Daerah?





Persoalannya apakah sebenarnya tujuan penutupan tersebut? Harus di ingat bahawa Pejabat MARA Daerah bukanlah satu entiti untuk mencari keuntungan, ianya adalah satu entiti yang di wujudkan oleh MARA untuk membantu kaum bumiputera dalam hal-ehwal ekonomi dan kebajikan masyarakat.

Sangatlah tidak logik jika MARA menutup operasi pejabat tersebut atas alasan tak untung atau mengurangkan kos.

Ini semua gila!

Mengaku sahajalah bahawa MARA sedang di tekan dan di siksa di bawah kerajaan baru ini. Bukankah senang? Yang nak belit-belit ni dah kenapa?

- Pendekar Berkuda -





Isu Tutup Pejabat MARA Daerah : MARA Mengaku Sedang Dalam Kajian. Isu Tutup Pejabat MARA Daerah : MARA Mengaku Sedang Dalam Kajian. Reviewed by Pendekar Berkuda on 10:06:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!