ISU Francais : PPIM Nafi Terima Wang Sogokan dan Kawtin Dari McDonalds

"Kita ada menerima aduan daripada mangsa (francaisor) berkaitan masalah dengan syarikat makanan tersebut dan telah berjumpa pihak terbabit namun tidak mengambil kes ini kerana ini ia kes besar." - PPIM



KUALA LUMPUR 17 Jan.- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan sebuah blog yang mendakwa pihaknya menerima wang sogokan daripada syarikat makanan segera terkemuka di negara ini .

Menerusi blog tersebut, penulis mendakwa PPIM menerima wang sebagai balasan untuk tidak menyelesaikan aduan daripada pengusaha francais makanan tersebut.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan pihaknya tidak pernah mengambil wang sogokan malah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

"Kami pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kecil, tiada duit tetapi tidak pernah menerima wang sogokan, meminta wang dan tidak mungkin akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

"Kita ada menerima aduan daripada mangsa (francaisor) berkaitan masalah dengan syarikat makanan tersebut dan telah berjumpa pihak terbabit namun tidak mengambil kes ini kerana ini ia kes besar dan perlu diselesaikan oleh kementerian berkaitan," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini . - UTUSAN ONLINE -
ISU Francais : PPIM Nafi Terima Wang Sogokan dan Kawtin Dari McDonalds ISU Francais : PPIM Nafi Terima Wang Sogokan dan Kawtin Dari McDonalds Reviewed by Unknown on 11:41:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!