Isu Francais McDonalds : PPIM Pengecut Hantar Ugutan Melalui Peguam! Kata Yuseri Yusoff

Rentetan Isu Pembongkaran Sisi Gelap McDonalds, Yuseri Yusoff di ugut melalui peguam oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

PPIM telah membuat sidang akhbar menjawab tuduhan Yuseri Yusoff.

Dipetik dari Facebook Yuseri Yusoff yang telah mencabar McDonalds dalam tuduhan melanggar Akta Francaisi 1998. Yuseri sekali lagi memuat naik perkembangan terbaru isu di akaun Facebook miliknya sambil mendedahkan kandungan surat peguam yang di hantar oleh PPIM.

Berikut adalah penjelasan beliau sambil menyifatkan PPIM bertindak seperti pengugut yang menghantar samseng. Yuseri juga menyifatkan peguam yang mewakili PPIM itu sebagai "gangster with briefcase". Baca penjelasan beliau.





KES MCDONALDS MALAYSIA : TUNTUTAN DARI PEGUAM PPIM

1. SEPERTI aku jangka pihak terbabit akan bagi tekanan melalui 'gangster with briefcase' (baca peguam).

2. Ramai fikir aku ada hubungan baik dengan PPIM. Untuk pengetahuan semua, jam 17:38 semalam PPIM telah hantar tuntutan melalui peguam. Baik apa kalau hantar tuntutan guna peguam.

3. Kini, aku mula musykil sasaran aku adalah McDonalds Malaysia. Tapi kenapa PPIM pula gelabah dan tidak senang duduk?



4. PPIM dan McDonalds Malaysia mari baca betul-betul sebab aku hanya ulang sekali saja. Tiada keperluan untuk aku padam video dan artikel yang disiarkan.

5. Fail aduan mengenai penindasan terhadap francaisee McDonalds Malaysia wujud. PPIM sendiri mengakui terima aduan ketika sidang media tempoh hari.

6. Tetapi mengatakan mereka tidak mampu buat apa-apa kerana kes besar, perlu campur tangan kementerian serta turut akui bertemu pihak McDonalds Malaysia.



7. Malah fail tersebut turut diserahkan kepada pemimpin politik, bukan kepada PPIM sahaja. Bermakna artikel dan video aku bukan palsu atau cerita yang direka-reka.

8. Aku membangkitkan satu persoalan di mana hero untuk golongan teraniaya PPIM, adakah McDonalds Malaysia telah berjaya "kawtim" dengan PPIM?






9. Justeru, tuntutan tujuh hari yang dihantar peguam PPIM semalam boleh simpan, buat bungkus nasi lemak.

10. Tak guna gertak nak saman dan buat aku tunggu tujuh hari. Bagi aku tujuh hari itu terlalu lama. Lebih baik PPIM jumpa pihak McDonalds Malaysia.

11. Dan minta McDonalds Malaysia memberi persetujuan untuk sesi perbincangan dengan kadar segera seperti aku sampaikan melalui peguam mereka.

12. Bukankah McDonalds Malaysia jemput aku tanpa prejudis untuk sesi perbincangan, baca perenggan no. 10 surat "Extremely Urgent".






13. Tarikh, masa, tempat telah diberikan dan aku minta semua pihak terbabit mestilah hadir dalam sesi perbincangan tersebut.

14. Mahu menyatakan persetujuan McDonalds Malaysia perlu seminggu nak berfikir. Apa takut sangat dan kenapa lembab macam siput?

15. Jawab baik-baik dan jangan gertak saman dengan menghantar 'gangster with briefcase'.

16. Aku sudah cakap, aku ini tidak suka kena saman tapi aku tidak takut berdepan dengan saman.






17. Jika mahu saman teruskan, masuk court lebih baik bagi aku. Sebab banyak kesalahan McDonalds Malaysia aku dapat paparkan.

18. Bila PPIM hantar peguam menuntut padam artikel dan video. Jelas PPIM berpihak kepada McDonalds Malaysia.

19. Aku bukan mahu perang, cuma aku tuntut jalan penyelesaian. Kalau nak berperang pun tiada masalah.

20. Aku tak sabar nak tengok kes McDonalds Malaysia menjadi berita antarabangsa.

#McDonaldsMalaysia
#McDCapitalist




Isu Francais McDonalds : PPIM Pengecut Hantar Ugutan Melalui Peguam! Kata Yuseri Yusoff Isu Francais McDonalds : PPIM Pengecut Hantar Ugutan Melalui Peguam! Kata Yuseri Yusoff Reviewed by Pendekar Berkuda on 11:41:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!