ISU Francais : McDonalds Malaysia Dan PPIM Semakin Kepanasan!


KRONOLOGI ISU MEMBONGKAR SISI GELAP MCDONALDS MALAYSIA

Kelmarin PPIM mengadakan sidang media susulan tersebar video siri "Membongkar Sisi Gelap McDonalds Malaysia Part I".

Mungkin ramai terlepas isu yang didedahkan berkaitan McDonalds Malaysia.




Kronologi ringkas mengenai video sisi gelap McDonalds Malaysia.

14 JANUARI.

Video "Membongkar Sisi Gelap McDonalds Malaysia Part I" mula disiarkan oleh aktivis media sosial Yuseri Yusoff. Blog ini turut menyiarkan maklumat mengenai video tersebut. (LINK)

Dalam video tersebut ada dipaparkan tiga kesalahan yang McDonalds Malaysia yang jelas melanggar Akta Francais 1998 selain mempersoalkan KPDNHEP dan PPIM.

Link :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2100062983385898&id=100001466497404





15 JANUARI.

Satu video intro atau teaser "Membongkar Sisi Gelap McDonalds Malaysia" disiarkan di laman Facebook Yuseri Yusoff.

Video tersebut memberi bayangan isu lebih panas bagi episod kedua membabitkan soal penipuan, penindasan, wrongfull termination, one sided agreement, occupancy rent, LGBT dan RMCH.

Link :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2101628496562680&id=100001466497404




17 JANUARI.

8.00 pagi - Yuseri Yusoff menyiarkan video "Extremely Urgent" sebagai mesej kepada McDonalds Malaysia setelah menerima satu surat daripada pihak peguam yang mewakili McDonalds Malaysia.

Apa yang menariknya video itu memaparkan aksinya sedang menikmati Smoky Grill Beef serta dirakam di outlet McDonalds Malaysia.

Link :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2103998346325695&id=100001466497404

12.00 tgh - PPIM mengadakan satu sidang media mengesahkan mereka ada menerima aduan tetapi tidak mampu membantu buat apa-apa kerana kes besar dan perlu campur tangan pihak kementerian berkaitan.

PPIM menafikan dakwaan "kawtim" dengan McDonalds Malaysia bagi menutup kes dan aduan oleh Francaisee ke atas McDonalds Malaysia.

Link :
https://www.facebook.com/ppim.official/videos/2349360442058924/

Utusan Malaysia :
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ppim-nafi-dakwaan-kawtim-terima-wang-sogokan-1.824211

Sinar Harian :
https://www.sinarharian.com.my/article/8058/BERITA/Nasional/PPIM-nafi-terima-sogokan-duit-tutup-aduan




18 JANUARI

Yuseri Yusoff mengeluarkan posting draft surat yang dihantar kepada peguam McDonalds Malaysia.

Di mana dia bertegas dan mempertahankan pendedahan berkaitan McDonalds Malaysia dan sama sekali tidak akan memohon maaf kerana mempunyai bukti kukuh di sebalik tuduhan yang dibuat.

Link :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2105610409497822&id=100001466497404

Difahamkan setakat ini McDonalds Malaysia dan kementerian berkaitan belum tampil dan menjawab isu yang dibangkitkan.

Untuk rekod, tiga tahun yang lalu McDonalds Malaysia diboikot besar-besaran kerana isu memberi dana kepada Yahudi Zionis.

Adakah perkara yang bakal didedahkan nanti membabitkan penindasan dan penganiayaan McDonalds Malaysia terhadap Francaisee akan membangkitkan satu momentum untuk pelanggan kembali memboikot McDonalds? - KCA




ISU Francais : McDonalds Malaysia Dan PPIM Semakin Kepanasan! ISU Francais : McDonalds Malaysia Dan PPIM Semakin Kepanasan! Reviewed by Pendekar Berkuda on 11:47:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!