Ini Gila! Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Nak Main Kotor Ke? Waktu Tutup Pusat Mengundi Berbeza-beza!

Memang gila mereka ni semata-mata nak menang PRK Cameron Highlands. Boleh pulak Pusat Undian ada masa-masa mengundi yang berbeza-beza. Ini sengaja nak menzalimi rakyat yang jadi pengundi ni!

Undian Awal PRK Cameron Highland | Kredit : Twitter @sprgovmy
Anda nilaikanlah sendiri apa yang mereka lakukan kepada para pengundi di tempat-tempat mengundi ini.

Pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan mereka tutup awal iaitu paling awal jam 1.00 petang. Manakala di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil hanya seawal jam 4.00 petang.



Jelas sekali mereka mahu menindas pengundi yang juga rakyat Malaysia. SPR dah cuba nak main kotor ke? Jijik betul perangai mereka ni. Setiap rakyat punya hak untuk mengundi. Menutup pusat undian lebih awal adalah menafikan hak semua pengundi rakyat Malaysia.

Lebih pelik lagi pusat undian yang di tutup awal itu adalah di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. JIJIK! Orang tak peduli jam berapa keputusan akan di umumkan. Jam 12 malam pun biar pi lantak lah. Yang penting semua orang dah laksanakan tanggungjawab mengundi.








Ini Gila! Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Nak Main Kotor Ke? Waktu Tutup Pusat Mengundi Berbeza-beza! Ini Gila! Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Nak Main Kotor Ke? Waktu Tutup Pusat Mengundi Berbeza-beza! Reviewed by Unknown on 9:28:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!