Hina Agong : Eric Liew, Alia Astaman, Azham Akhtar di tahan Polis

"Tangkapan ke atas tiga suspek kerana menghina Sultan Muhammad V di media sosial." - Facebook Ketua Polis Negara


KUALA LUMPUR 9 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga individu yang memuat naik komen berunsur hinaan dalam media sosial terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik-pemilik akaun tersebut.





“Kita telah menahan pemilik akaun Facebook, Eric Liew Chee Ling, 45, selain pemilik akaun Twitter, Azham Akhtar Abdullah, 26, dan Nur Alia Astaman, 25, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : 

Mohamad Fuzi turut menasihatkan masyarakat supaya menggunakan medium laman sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat provokatif atau memanipulasi isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong XV sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negara ini. - UTUSAN ONLINE






MENARIK :






Hina Agong : Eric Liew, Alia Astaman, Azham Akhtar di tahan Polis Hina Agong : Eric Liew, Alia Astaman, Azham Akhtar di tahan Polis Reviewed by Pendekar Berkuda on 2:51:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!