Hartal 1967 - Pengkhianatan Kaum Imigran Cina Untuk Melumpuhkan Negara

Tak sangka sebenarnya wujud hartal ini yang dilakukan oleh peniaga dan kongsi gelap cina serta komunis.


Bismillah. 

Saya terbaca satu perkongsian dari group whatsapp mengenai wujudnya hartal (pemboikotan / penutupan) yang di laksanakan oleh kaum imigran cina di Pulau Pinang. Sungguh keji mereka ini rupanya. Patutlah sampai sekarang perangai anak keturunan mereka tidak langsung berubah.

Saya paparkan semula di sini untuk bacaan dan pengetahuan anda.

Hartal: 24 November 1967-13 Disember 1967


Tahukah anda, selain kejadian rusuhan 13 Mei 1969, terdapat satu lagi rusuhan lebih awal berlaku yang perlu kita renungkan. Ia melibatkan kejatuhan nilai wang dan anggapan Ekonomi Malaysia dipegang oleh kaum Cina lahir dari kejadian ini.

1- Susulan daripada kejatuhan nilai wang lama British Borneo, Peniaga Cina telah mengadakan hartal (menutup kedai) di seluruh Pulau Pinang kerana membantah dasar kerajaan persekutuan Malaysia. Hartal ini dilancarkan oleh Parti Buruh Malaya.

2- Perkataan Hartal berasal dari bahasa India Gujurati; “Har” yang bermaksud semua atau sentiasa, “Tal” atau “Tala” bermaksud tutup. Perkataan Hartal bermaksud hari berkabung atau protes, di mana semua kedai-kedai ditutup dan tidak ada orang yang pergi untuk bekerja atau keluar membeli-belah.





3- Pada 24 November, kedai dan pasar ditutup, jika ada di antara kedai yang dibuka pada hari tersebut, perusuh akan datang merosakkan kedai tersebut. Perintah berkurung selama 24 jam telah dikeluarkan melalui radio dan televisyen apabila lebih daripada 92 orang cedera. Terdapat juga laporan seorang budak telah mati dibunuh ketika baru sahaja selesai mengambil peperiksaan HSC.

4- Gerakan Hartal itu dikatakan melibatkan ahli-ahli kongsi gelap, jika ada di antara peniaga yang membuka kedai, ahli-ahli kongsi gelap ini akan datang membuat kacau dan merosakkan kedai mereka dan huru-hara ini telah berkembang dengan cepat sehingga ke Perak dan Kedah.





5- Golongan cauvinis pro-Komunis turut mengambil kesempatan menghasut para penunjuk perasaan untuk bertindak lebih radikal dan ganas. Tindakan menutup kedai yang telah berjaya dilakukan oleh peniaga cina di Pulau Pinang menyebabkan ada yang mendabik dada mengatakan orang Cina berkuasa untuk membuka dan menutup seluruh bandar di Malaysia.

6- Mereka bukan sahaja menutup kedai tetapi juga mengadakan rusuhan; kedai-kedai dan pasar-pasar ditutup, puluhan bas dan teksi di bakar. Malah, Hartal Pulau Pinang 1967 telah bertukar menjadi rusuhan kaum dan ada yang terbunuh.


7- Rusuhan yang dimulai dengan Gerakan Anti Penyelarasan Nilai Ringgit (Anti-devaluation) ini telah menyebabkan sejumlah 8 orang maut dan lebih 137 orang cedera (setakat 27 November).

8- Lim Kean Siew, Pengerusi Parti Buruh cawangan Pulau Pinang telah ditahan bersama 23 orang kanan Parti Buruh dan bebrapa orang ahli Kongsi Gelap Cina ditahan dibawah ISA. 21 cawangan Parti Buruh telah ditutup dan lebih daripada 400 orang ahli Parti Buruh di seluruh negara telah ditangkap.

Sejarah ini perlu diingati oleh setiap lapisan masyarakat khususnya orang melayu iaitu perlunya kekuatan Ekonomi dikalangan Kaum Melayu itu sendiri. Kejadian ini juga pemangkin kepada tertubuhnya badan-badan penyeliaan untuk membantu Bumiputera dari segi ekonomi supaya dapat bersaing dengan kaum yang lain.

Artikel disumbangkan oleh Norman Dasuki Untuk The Patriots.

Sumber:
1-Hartal in a market, The Straits Times, 25 November 1967.
2-Curfew in Penang after 5 hartal riot deaths, The Straits Times, 25 November 1967.
3-Keadaan tambah baik tetapi maseh tegang, Berita Harian, 27 November 1967.
4-Keadaan beransur pulih, Berita Harian, 2 Disember 1967.
5-Penang keeps the peace for 3rd day, The Straits Times, 18 Disember 1967.
6-Penang’s forgotten protest – The 1967 Hartal





Hartal 1967 - Pengkhianatan Kaum Imigran Cina Untuk Melumpuhkan Negara Hartal 1967 - Pengkhianatan Kaum Imigran Cina Untuk Melumpuhkan Negara Reviewed by Unknown on 6:44:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!