Harga Minyak : Tentu Ada Cara Penyelesaian Yang Lain - Najib Razak


Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam hantaran di Facebook nya menyatakan bahawa tentu ada cara penyelesaian yang lain selain daripada menaikkan margin keuntungan kepada pengusaha minyak.

Katanya kenaikan itu pasti akan membebankan rakyat dan kerajaan kerana terpaksa membayar lebih kepada syarikat-syarikat ini.

Beliau turut memetik bahawa rakyat perlu membayar RM900 juta lebih kepada pengusaha stesen minyak sepanjang tahun 2019.

Artikel Penuh : Kenapa Rakyat Wajib Jamin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak?

Rakyat harus menanggung harga yang lebih daripada apa yang sepatutnya mereka bayar.

Beliau turut berkata bahawa kerajaan seharusnya memberikan bantuan kepada pengusaha stesen minyak ini untuk menambahkan pendapatan mereka di sebalik hanya bergantung sepenuhnya kepada jualan minyak.





"Adakah PH pernah mempertimbangkan cara lain untuk membantu pengusaha stesen minyak menangani kos operasi seperti memberi pinjaman mudah untuk menambah hasil jualan dengan mempelbagaikan jenis barang dan perkhidmatan yang boleh dijual di stesen minyak mereka?"

"Niat untuk membantu pengusaha stesen minyak memang wajar tetapi langkah ini juga membebankan pengguna dan rakyat yang lebih memerlukan kerana sudah tentu bantuan kepada golongan ini akan dikurangkan apabila kerajaan perlu memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak." - tulisnya.

Artikel Berkaitan :
Menurutnya, apabila harga minyak melebihi harga syiling yang di tetapkan oleh kerajaan. Kerajaan perlu membayar subsidi kepada mereka yang sudah pasti akan menyebabkan bantuan kepada rakyat bawahan di kurangkan ataupun di mansuhkan. - PBLEGACY






Harga Minyak : Tentu Ada Cara Penyelesaian Yang Lain - Najib Razak Harga Minyak : Tentu Ada Cara Penyelesaian Yang Lain - Najib Razak Reviewed by Pendekar Berkuda on 1:56:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!