Fenomena Najib - King of Trolls & Facebook Engagements

Bagaimana Najib Razak menguasai facebook, instagram dan menjadi fenomena? Ini adalah jawapannya.


Ramai yang terkejut dengan perubahan cara Najib Razak dalam posting Facebook beliau.ada yang kata macam budak2 tak cukup akal, attention seeker dan lain2.walaupun macam2 kata nista yang dilemparkan, satu posting kadang2 sampai 50k likes, 20k, dan seminit boleh cecah 300 likes! Ini bukan nak jilat beliau, tapi ini fakta yang sedang berlaku.pegi gym saja dah 20k likes.apa dia buat?

Posting beliau yang banyak fakta yang tak dapat disangkal oleh PH, sampai kerajaan hari ini terpaksa akur dengan tekanan Najib dan ubah keputusan penting kerajaan, hanya dengan posting Facebook.

Memang gila.

Dan ada yang tak segan silu, meminta maaf kerana dulu selalu memaki hamun Najib dalam socmed, dengan rela hati meminta maaf tanpa dapat BR1M, tanpa dapat elaun cybertroopers pun. Haters jadi fans??

Masa PRU14, PH jumpa satu teknik yang membolehkan mereka menang dan merampas kerajaan dari Najib.

Apa dia?





Majoriti rakyat adalah 'simpleton' (tidak mengetahui/bodoh/malas berfikir.). PH cuba menguasai rakyat menggunakan kelemahan rakyat yang ni.

Diulang2 1MDB, 1 trilion, 2.6 billion, cincin rosmah, jual negara pada China, sampailah rakyat menerimanya sebagai fakta (penipuan yang berulangkali diulang akan diterima sebagai fakta.)

Tak payah tengok jauh, baru baca headline artikel, dah kecam berjemaah, belum baca habis.tu bukti simple rakyat kebanyakannya memang malas nak berfikir, mentaliti disuap,dan hanya menerima.disogok fakta bodoh rafizi pasal harga minyak dengan posting yang berjela, diselit dengan 1MDB, rakyat mula benci dengan Najib dan associates, akhirnya si mata satu dajjal menang dan ambil alih kerajaan.bila rafizi dah jadi sebahagian dari parti pemerintah, kenapa PH masih kawal harga minyak negara dengan kaedah mingguan macam BN buat? (hahaha)





Ya, mungkin ada yg dah sedar dari kencing PH tapi mereka EGO.dulu masa PRU14 bukan main berkempen secara percuma kutuk,maki,fitnah Najib dan associates,hari2 cerita pasal Najib,lepas PRU14, dah sedar kena kencing, terus diam, buat2 share pasal kucing, buat2 share pasal isu Zionis, sibuk post pasal family, pasal basikal, masak apa hari ni, dan ada yg terus tak aktif FB.bila ditanya,

"sori, saya tak minat politik.", 

"kau hari2 post pasal politik, zaman Najib dengan zaman PH sekarang sama je kena struggle,susah jugak,zaman Najib dulu pun harga barang naik jugak."

Dalam masa 1 hari, jumlah pengikut facebook Najib Razak meningkat dengan mendadak. | SocialBakers.com

Paling kelakar.

Kalau macam tu, kenapa nak tukar kerajaan kalau dah nampak PH dan BN sama je perangai?padahal sekarang LAGI TERUK (hampir nak rectify ICERD, peruntukan belanjawan berat sebelah, LGBT diiktiraf dan nak dibagi zakat, perpaduan rakyat jahanam, dan lain2 lagi dosa PH).

Masa berkempen, PH kata mereka lagi bagus dan suci dari BN.sekarang?apa yang PH berjaya buat?rebrand saja perancangan yang BN dah buat dulu dan sambung jer,tanpa bagi kredit pada BN.





Dulu ingatkan ramai orang UMNO dengan BN masuk penjara, pegi sungai buloh, tapi akhirnya mereka kaut masuk PPBM.

Mungkin PRU15 atau mana2 PRK peratusan keluar mengundi akan kurang ataupun rendah daripada sebelum PRU14.sebab apa? rakyat yang dulu sibuk nak jatuhkan NAJIB, dah muak dengan politik katanya, "ala Najib ke,Mahathir ke sama je,politik ni busuk." walhal yang menjadi penyumbang rosaknya negara HARI INI adalah mereka yang mengundi PH, dan golongan ni dah jadi atas pagar, teruskan kehidupan mcm biasa,padahal merekalah perosak sebenar negara.dah la rosakkan negara, taknak repair balik pulak.





PH atau BN, memang sama sebab kedua2nya ditadbir oleh MANUSIA.dan manusia ada sifat gelap mata bila depan mata ada peluang nak sakau duit berbiliun biliun.itu normal.

Tapi tak semuanya begitu,ada yang ikhlas berjuang, regardless parti mana pun.

Memang Najib Razak macam ayahnya, baik dan selalu fikirkan orang lain.walaupun aku tak pernah hidup zaman tun razak, tapi dari pembacaan sejarah, beliau memang disegani kerana kebaikannya.





Buanglah ego wahai pengundi PH.minyak tetap naik walaupun ego anda tak turun2.

Malas nak cakap pasal manifesto, sebab mahathir cakap manifesto bukan kitab suci, oh, PM jepun sanggup letak jawatan sebab tak dapat tunai manifesto dia, mahathir suruh kita pandang ke timur (jepun dan korea), kenapa dia sendiri pun tak contohi PM jepun tu?

Fikirlah sendiri.Malaysia makin jahanam, tak nak kisah pasal negara lagi ke?

Ada cybertroopers yang kata, Najib cuma jadi PM Facebook saja, rasanya lagi bagus jika dibandingkan dengan Anwar, asyik jadi PM Tepi jer.

Mungkin posting ni panjang, tapi gambar bawah ni menyimpulkan segalanya. Mungkin Najib Razak boleh guna gambar di bawah :



P/s : Artikel ini adalah perkongsian di Facebook dan Whatsapp. Saya tidak mengenali siapa penulis asal. Jika anda mengetahui siapa penulis asal, silakan maklumkan kepada saya supaya saya boleh berikan kredit.



Fenomena Najib - King of Trolls & Facebook Engagements Fenomena Najib - King of Trolls & Facebook Engagements Reviewed by Pendekar Berkuda on 10:05:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!