ECRL : Kami tunggu laporan - Duta China


Kerajaan ph mula buat uturn lagi... hari tu beriya-iya sangat.. bila China ugut nak beli sawit dari Indonesia... kena pula eropah memboikot sawit ..dan disebabkn isu tersebut harga sawit jatuh menjunam...baru la kerajaan ada akal nak fikir balik... masa cakap hari tu tak mahu fikir.

Duta China ke Malaysia Bai Tian berkata beliau belum menerima laporan tersebut tetapi menegaskan Malaysia dan China komited mengatasi kebuntuan itu.

Bai tidak menyatakan laporan itu disiapkan untuk siapa atau tempoh masa untuk kedua-dua pihak selesai menyusunnya.









"Kami masih optimistik, kami berharap pada hubungan saling menghormati, dengan niat yang baik dan semangat saling menguntungkan, untuk manfaat bersama, kedua-dua pihak perniagaan ini akan menghasilkan keputusan menang-menang (untuk semua)," katanya.

Pemilik ECRL ialah kerajaan Malaysia manakala China Communications Construction Co Ltd (CCCC) bertindak sebagai kontraktornya.

Bai bercakap kepada pemberita ketika menemani Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam lawatannya ke kilang pemasangan China Railway Rolling Stock (CRRC) di Batu Gajah, Perak. CRRC tidak terlibat dalam projek ECRL.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam satu laporan semalam berkata Malaysia terperangkap dalam perjanjian kerana tidak mampu untuk meneruskan ECRL dalam bentuk asalnya dan tidak mampu membayar ganti rugi besar bagi membatalkannya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata Malaysia terbuka untuk memperkemaskan projek itu untuk menjadikannya lebih murah, tetapi China perlu terlebih dahulu bersetuju dengan cadangan ini.

ECRL dimulakan ketika pemerintahan Najib Razak dan dilaporkan sepatutnya menelan belanja sebanyak RM55 bilion pada masa itu.





Namun pentadbiran Mahathir menganggarkan belanja sebenar projek itu menghampiri RM81 bilion.

Kedua-dua kontraktor CCCC dan Bank Eksport-Import China (Exim Bank of China) yang memberikan pinjaman dimiliki oleh kerajaan China.



ECRL : Kami tunggu laporan - Duta China ECRL : Kami tunggu laporan - Duta China Reviewed by Pendekar Berkuda on 8:13:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!