Dewan Ulama PAS Jawab Fitnah Lim Kit Siang Kepada Hadi Awang

Kenyataan Media Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan Pada 23 Januari 2019.


Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) menyelar sikap buruk sangka, prejudis dan jahat Lim Kit Siang yang menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu jawatan Perdana Menteri ketika PRU ke 13. DUPWP melihat kenyataan Lim itu amat berniat jahat kerana mahu menyamakan Presiden PAS dengan segelintir pemimpin yang berebut mahukan jawatan PM.



2. Lim Kit Siang dalam kenyataannya juga berkata Presiden PAS menerusi kepimpinan PAS mahu berbincang mengenai calon perdana menteri gabungan PR pada PRU ke 13, kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak sesuai.

Beliau pula membuat andaian seolah-olah pemimpin PAS seperti mahu mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi berlapik dengan calon lain iaitu tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.



3. Penafian Presiden PAS bahawa beliau tidak pernah membincangkan soal jawatan perdana menteri dengan DAP pada pilihan raya umum ke-13 ketika berada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kenyataan tegas beliau bahawa PAS tidak pernah mencalonkan diri untuk menjadi perdana menteri, atau menggelarkan diri sebagai perdana menteri menanti membuktikan PAS tidak pernah kemaruk atau kebulur jawatan PM.

4. Dalam hal ini, Lim Kit Siang mahu merendah-rendahkan imej dan reputasi PAS di mata rakyat dengan tuduhan liar sebegitu. Beliau mahu rakyat menganggap PAS sama seperti parti lain dan Presiden PAS sama seperti segelintir pemimpin lain yang sanggup melobi, berkempen, semata-mata mahu menobatkan diri sebagai PM.



Apakah agenda sebenar Lim Kit Siang degan mengungkit kisah silam di era Pakatan Rakyat ketika musim PRU ke 13 selain mahu memburuk-burukkan PAS. Perkara itu telah berlalu lama dan PH sekarang telah menjadi Perdana Menteri, mengapa sibuk menyerang PAS pula?

Apa pula kaitan PAS dengan kempen PRK Cameron Highlands yang sedang berlangsung sekarang? Terdesak sangatkah untuk menang sehingga PAS pun digeruni walaupun PAS tidak bertanding di PRK Cameron Highlands.



5. DUPWP menegaskan, PAS sejak dahulu sehingga sekarang konsisten memperjuangkan Islam, keadilan dan hak semua rakyat dimartabatkan. PAS juga konsisten menentang pelbagai kemungkaran termasuk rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penipuan serta perebutan kuasa dan jawatan.

PAS tidak pernah terikat dengan mana-mana pihak untuk mengangkat diri sebagai PM, kerana bagi PAS, agenda Islam, negara dan rakyat adalah lebih utama. Kerana itu PAS tidak pernah rugi walaupun tidak menjadi kerajaan, tidak menyesal walaupun tidak mendapat kerajaan Persekutuan dan kecewa walaupun tidak mendapat jawatan Perdana Menteri mahupun menteri kabinet.

UST HJ MD ALI JAMIL
Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan




Dewan Ulama PAS Jawab Fitnah Lim Kit Siang Kepada Hadi Awang Dewan Ulama PAS Jawab Fitnah Lim Kit Siang Kepada Hadi Awang Reviewed by Unknown on 8:44:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!