Desmond Yongkor, Penyokong Kuat Parti Warisan Sabah Gelar Sultan Pahang, Sultan Johor Dan Sultan Perak Sebagai Anjing.

Belum pun reda kisah Eric Liew, timbul pula kisah seorang penyokong kuat Parti Warisan Sabah bernama Desmond Yongkor yang telah memanggil gelar Sultan Pahang, Sultan Johor dan Sultan Perak sebagai "anjing".


Desmond Yongkor merupakan individu yang sangat kuat menyokong Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah. Dia mengaku menjadi Pengarah Strategi Perang Siber bagi Parti Warisan Sabah. Tiada siapa yang tahu wajahnya yang sebenar kerana sering menggunakan wajah-wajah orang lain yang di tampal sebagai gambar profil Facebooknya.

Ada sesuatu yang menarik dari profil facebook lelaki biadab ini iaitu merupakan pemilik dan pengarah urusan Perunding Jayareka Sdn Bhd, sebuah syarikat yang beroperasi di Sabah. sama ada itu palsu atau benar belakang kira. Tak gitu?





Mengikut carian yang saya lakukan, laporan polis telah beberapa kali di buat ke atasnya oleh pelbagai pihak di Sabah kerana melakukan penghinaan yang tidak sedikit kepada orang Islam, Nabi Muhammad dan juga kepada agama Islam itu sendiri.

Perbuatan yang sangat-sangat biadab dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Namun begitu, sehingga artikel ini di tulis, tiada sebarang tangkapan yang di lakukan oleh pihak berkuasa kepada lelaki yang biadab ini.





Senarai Kebiadaban Desmond Yongkor.

Di sini saya senaraikan kebiadaban Desmond Yongkor ini sepanjang carian saya. Anda sendiri boleh menilainya. Sebagai seorang yang mengaku pengarah strategik perang siber Parti Warisan Sabah, saya pasti dia tahu apa yang diperkatakannya. Dia sering memberikan komen yang melampau-lampau kepada orang Islam dan mensasarkan orang Islam sebagai target modus operandinya. Semakin ramai yang memberikan komen, semakin dia rancak melakukannya.

Penghinaan Desmond Yongkor terhadap Nabi Muhammad.
Begitu juga dia tanpa segan silu mengaku mahu menghapuskan Islam dan Melayu. Itulah tujuannya yang sebenar. Dengan menghapuskan UMNO katanya, Islam dan Melayu perlu dihapuskan terlebih dahulu. Begitu bencinya dia kepada orang Melayu dan Islam diperlihatkan dalam banyak komen-komennya yang lain.

Menghapuskan Melayu dan Islam.

Namun begitu tiada sebarang tindakan atau tangkapan yang telah di buat ke atas lelaki biadab ini. Malahan dia semakin berani bertindak sesuka hati untuk menyerang apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam.

Penyokong Kuat Shafie Apdal 




Desmond Yongkor diketahui sebagai penyokong kuat Shafie Apdal yang merupakan individu yang bertanggungjawab memimpin Parti Warisan Sabah. Shafie Apdal pernah di lihat berada di dalam gereja untuk menyertai aktiviti keagamaan penganut Kristian itu. Rujuk video di bawah.



Netizen Mahu Desmond Yongkor di Tangkap dan Di Lucutkan Kewarganegaraan.





Kalangan rakyat Malaysia telah meluahkan perasaan mereka terhadap kebiadaban golongan pelampau seperti ini. Antara komen-komen yang sempat saya baca adalah di lucutkan kewarganegaraan. Perbuatan seperti ini sungguh tiada maaf boleh di berikan. Ianya menjejaskan keharmonian dan perpaduan antara kaum yang telah wujud di negara ini sejak merdeka.

Anda boleh lihat sendiri komen-komen netizen yang telah meluahkan perasaan mereka di bawah ini.


Suka saya nak ingatkan juga. Kita hanya boleh meluahkan perasaan. Yang bertindak sudah pastilah pihak berkuasa. Di zaman kerajaan baru ini. Sebarang kritikan atau penghinaan kepada orang Islam dan Melayu, kerajaan akan berdiam diri dan tak akan buat apa-apa tindakan.

Kita kena terima sahajalah. Kerana itu yang terpaksa kita hadapi sekalipun hati penuh sakit dan amarah seperti di tikam pisau belati berkali kali.

Salam Perjuangan!

Baca Kisah Eric Liew : Lihat Apa Yang Rakyat Malaysia Sanggup Lakukan Untuk Raja Mereka

P/s : Page FB utama saya telahpun di UNPUBLISHED oleh pihak FB kerana dikatakan melanggar terma mereka. Mungkin ada yang report agaknya. Apapun Stay tuned. Ada banyak lagi kisah menarik yang akan saya kongsikan bersama anda semua. - Pendekar Berkuda





Desmond Yongkor, Penyokong Kuat Parti Warisan Sabah Gelar Sultan Pahang, Sultan Johor Dan Sultan Perak Sebagai Anjing. Desmond Yongkor, Penyokong Kuat Parti Warisan Sabah Gelar Sultan Pahang, Sultan Johor Dan Sultan Perak Sebagai Anjing. Reviewed by Pendekar Berkuda on 5:15:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!