"Cybertroopers saya dulu menghabiskan beras je..." - Najib Razak

Perkataan itu di ucapkan di dalam majlis "Malu Apa Bossku" di Shah Alam.



RAMAI TERSINGGUNG DAN TERASA.

Ucapan tersebut telah menyebabkan ramai penyokong beliau yang berada di media sosial tersinggung dan terasa kerana ianya terlalu general. Ucapan general tanpa pengkhususan sasaran akan menyebabkan pihak yang tiada kaitan turut terkena tempiasnya.

Sebagai salah seorang penyokong beliau, saya juga turut terasa sebenarnya. Namun kita ambil sikap berkecuali. Mungkin ianya di tujukan kepada yang lain. Positif saja.






Inilah salah satu daripada kelemahan DS Najib Razak yang perlu beliau fahami dengan jelas. Membuat kenyataan secara general atau bersifat umum dan pukul rata. Ini bahaya. Semoga beliau mampu mengubahnya.

Bagi yang telah terbiasa di dalam kelompok cybertroopers pejuang maya sama ada berbayar ataupun tidak yang mengakui menyokong beliau, mereka lah yang akan terasa lebih lagi. Tambahan pula ramai dari kalangan mereka adalah sahabat saya sendiri yang telah lama berkecimpung di dalam perjuangan di alam siber tanpa mengharapkan balasan.

Mereka ikhlas. Sanggup menghabiskan banyak masa mereka untuk mempertahankan pemimpin yang mereka percaya. Tetapi mereka tersinggung apabila pemimpin tersebut mengatakan seperti itu. Saya tak boleh salahkan mereka. Kerana manusia juga mempunyai hati dan perasaan.



BERSANGKA BAIK DAN POSITIF

Sekalipun ramai yang masih merajuk dan bersedih. Saya harap mereka tak akan terus merajuk. Bak kata seorang teman seperjuangan. "Lets them be. Time heals."

Tugas cybertroopers bukannya mudah. Mereka lah barisan hadapan dalam mempertahankan pemimpin dan dasar-dasar untuk rakyat di alam maya. sanggup kehilangan teman dan saudara, di block, akaun di padam, menghadapi tindakan undang-undang dan saman, kata-kata nista dan hinaan, dan banyak lagilah.

Jadi terimalah hakikat mereka yang terasa itu kerana mereka berhak untuk terasa dan tersinggung. Berilah mereka masa untuk mengubati luka mereka. Kecewa kerana kalah tak habis lagi. Di tambah pula perkataan oleh pemimpin yang mereka sanjungi. Biarlah mereka meluahkan perasaan mereka untuk sekali saja. Kasihanilah mereka. Nanti bila luka mereka telah terubat. Mereka akan kembali semula. Percayalah.








TERUS BERJUANG

Tidak kiralah apa sahaja dugaan sekalipun. Pejuang tidak pernah kenal erti menyerah kalah. Jadi saya harap, siapapun anda, siapapun yang berani menjadi pejuang. Teruskan berjuang demi agama, bangsa dan negara. Tiada istilah berundur bagi pejuang.

Pemimpin akan datang dan pergi. Perjuangan tidak pernah akan kenal erti berhenti. Yang menghentikan perjuangan hanyalah mati. Saat jasad telah berada di dalam bumi.

Bangkitlah para pejuang.

Perjuangan kita masih panjang.

Salam Perjuangan.


- Pendekar Berkuda -






"Cybertroopers saya dulu menghabiskan beras je..." - Najib Razak "Cybertroopers saya dulu menghabiskan beras je..." - Najib Razak Reviewed by Unknown on 8:22:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!