Bunuh Calon AMK Selangor : Tiga lagi lelaki keturunan India di buru polis. Laporkan terus jika nampak mereka.

Mereka di syaki terlibat dalam kes tetak sampai mati bekas calon AJK AMK Shah Alam/Klang, yang juga seorang lelaki keturunan India.


POLIS mencari tiga lagi lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Seksyen 7, Shah Alam pada 7 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, susulan penahanan seorang lelaki pada 8 Januari lalu, pihaknya mengenal pasti tiga lagi lelaki yang juga rakan suspek dipercayai dapat membantu siasatan.






“Tiga lelaki yang dikesan itu dikenali sebagai R Logesvaran, 26, P S Tamil Kumaran, 33, dan juga seorang lagi yang hanya dikenali dengan nama Sree,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak polis memohon kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan S Vignesh Kumar di talian 012-8377756 atau melaporkan di mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, katanya, seorang suspek yang ditahan pada 8 Januari lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 9 pagi esok.





“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, NSTP melaporkan M Thiyahu, 30, maut selepas dipercayai ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di tingkat bawah Pangsapuri Nilam Sari, Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam. - METRO






Bunuh Calon AMK Selangor : Tiga lagi lelaki keturunan India di buru polis. Laporkan terus jika nampak mereka. Bunuh Calon AMK Selangor : Tiga lagi lelaki keturunan India di buru polis. Laporkan terus jika nampak mereka. Reviewed by Pendekar Berkuda on 8:26:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi yang tidak di danai oleh mana-mana pihak. Satu klik itu mungkin tak mampu membeli secawan kopi di zaman ini. Tapi bila ramai yang menyokong, InsyaALLAH, bolehlah saya nikmati secawan kopi. Terima kasih!